Assalamualaikum.Urmm nampaknya hari ini adalah hari terakhir Ramadhan.huhu :'(
Okay!hari ini keluarga Anis baru nak balik kampung.Selalunya sebelum 2 hari nak raya,kitaorang dah berada kat kampung dah.Tapi tahun ni Ayah kerja,jadi kena lah tunggu.
Hah!hari ini kali pertama kami sekeluarga berkumpul dan berbuka puasa beramai-ramai untuk tahun ini.Yelah selalunya mesti ada sahaja yang tak cukup.Kadang-kadang mama dan ayah kerja,kemudian Abang dekat UiTM lagi.Jadi hari ni sahaja lah yang cukup.Anis gembira sangat sebab dapat berbuka puasa beramai-ramai.
Kitaorang bertolak pukul 8malam.Kemudian sampai kampung pukul 12pagi.Wah!dah sampai Batu Pahat,Johor lah.Sampai-sampai sahaja,sedara Anis dah bersiap-siap. "Eh?diaorang nak pergi mana ek?" selepas tu tiba-tiba sedara Anis ajak pergi Bazar.Yelah hari ni kan malam raya,mesti ramai peniaga akan melelong barang-barang.Sampai sahaja dekat bazar,perghh!ramainya orang.Diaorang ni tak reti nak balik kampung ke hah?hahahaha xD
Masa Anis pergi bazar tu,Anis pakai baju biru dengan seluar merah jambu.ala-ala colour blocking gitu.Haha yang peliknya dekat sana tak ada pun orang nak pakai seluar warna warni macam Anis ni.Kebanyakkan pakai seluar jeans sahaja.Eh?eh?diaorang pakai baju k.Alah faham-faham sahaja lah.Lagipun budak keyell zaman sekarang sahaja yang pakai seluar warna warni ni.hehe.Tapi dekat bazar tu,diaorang pandang Anis macam pelik sahaja.Ada juga yang dapat agak Anis ni orang keyell.Haha biasalah orang keyell lain sikit. :D
Okay!dah habis jalan-jalan tu,terus balik.Balik-balik sahaja,tengok-tengok mama tak tidur lagi sebab tengah gosok baju raya kitaorang.hehe.Badan Anis dah letih masa tu,jadi tak dapat nak tolong.Anis pun tidur lah. *ish anak dara jenis apa lah ni. -.-"
Assalamualaikum. :)