Assalamualaikum w.b.t.urmm hari ni seriously Anis tak ada mood dan sedih!Mula dari pagi sampai pukul 6petang baru mood Anis ok sikit.Urm lepas sembahyang subuh pagi tadi Anis tak tidur pun sampai sekarang sebab macam-macam masalah yang Anis fikir.ishh kalutnya lah!!Urm pagi tu Anis cubalah buat perkara-perkara yang boleh hilangkan "stress" seperti buka twitter,facebook atau main gitar. Huh!masih tak ada mood juga.Apa yang Anis buat,ada sahaja yang tak kena.Selepas tu,Anis buka lah cerita lawak ker der 2,yelah manalah tahu boleh buat Anis gelak ke?Tapi tak jadi juga.hoho dengan penuh serious nya muka Anis masa tengok lawak ke der 2 tu.Urm tengok lawak ke der pun tak boleh nak menggembirakan Anis. :'(
Huh!Pagi tu memang Anis tak ada mood nak buat apa-apa pun.Dalam tengah hari macam tu tiba-tiba Mama ajak pergi beli barang sikit sebab mama nak buat kuih katanyaaa.Urmmm Anis tak ada mood lah nak pergi mana-mana pun.Tapi kasihan juga dekat mama,urm Anis pergi teman lah juga.Anis pergi tesco,Ampang dengan Mama dan Adik Anis.Ok masa dalam perjalanan nak pergi Tesco,Ampang tu tiba-tiba adik angkat Anis telefon.Huh!dah lah dalam kereta masa tu,nanti mama cakap apa pula.Urm Anis tak jawab panggilan dia tapi Anis cuma sms dia sahaja.
Ok dah sampai tesco tu Anis kena tolak troli bawa pun macam tak bermaya sahaja.Tak habis-habis termenung masa tu.Adik Anis pula tak habis-habis kena marah dengan Anis.Ada sahaja yang tak kena bagi Anis.Hah! selalunya kan Anis kalau pergi "super market" mesti Anis akan beli sesuatu yang Anis nak.Ambil sahaja lepas tu letak dalam troli tapi hari ni Anis tak ambil satu barang pun.Urmm tak ada mood nak pilih apa yang Anis nak.Sampai mama pun pelik tengok Anis.Urmmm dengan ngantoknya dan masalah lagi.Huh! stressnyaaaaaa!Urm kenapalah dengan Anis hari ni?Anis pun tak faham dengan diri Anis ni..Urmmm :'(
Ok tak lama lepas tu kitaorang pun balik rumah.Balik-balik sahaja terus tukar baju lepas tu terus baring dekat katil.Hari ni Anis berkurung dekat bilik.
*tik tok tik tok tik tok~ bla~bla (nak pendekkan cerita hehe)
Hah!dalam pukul 5.45petang macam tu,tiba-tiba Adik angkat telefon Anis.Anis layan sahaja macam biasa walaupun tak ada mood masa tu.Dah lama lepas tu baru Anis dah boleh gelak dan senyum semula sebab masa dia telefon tu boleh pula dia buat lawak.Anis pun tak boleh tahan tergelak lah.hehe "terima kasih adik sebab buat kakak tersenyum kembali".Hah!lepas dia dah telefon tu terus Anis ada mood balik.hahaha sebab tu ke Anis tak ada mood pagi tadi?Apa lah.Ada mood memang lah ada mood tapi masalah tetap ada!Urmm manusia mana sahaja yang tak ada masalah?semua orang ada masalah k.Tapi setiap masalah mesti ada penyelesaiannya!kan?Jadi kita janganlah cepat berputus asa ok! :)
Thanks a lot!K lah Assalamualaikum w.b.t. *malu(tutup muka)
No comments:
Post a Comment