Pages

SELAMAT DATANG!

Thursday, August 8, 2013

Hari Terakhir Ramadhan! :'(


Assalamualaikum.Urmm nampaknya hari ini adalah hari terakhir Ramadhan.huhu :'(
Okay!hari ini keluarga Anis baru nak balik kampung.Selalunya sebelum 2 hari nak raya,kitaorang dah berada kat kampung dah.Tapi tahun ni Ayah kerja,jadi kena lah tunggu.

Hah!hari ini kali pertama kami sekeluarga berkumpul dan berbuka puasa beramai-ramai untuk tahun ini.Yelah selalunya mesti ada sahaja yang tak cukup.Kadang-kadang mama dan ayah kerja,kemudian Abang dekat UiTM lagi.Jadi hari ni sahaja lah yang cukup.Anis gembira sangat sebab dapat berbuka puasa beramai-ramai.

Kitaorang bertolak pukul 8malam.Kemudian sampai kampung pukul 12pagi.Wah!dah sampai Batu Pahat,Johor lah.Sampai-sampai sahaja,sedara Anis dah bersiap-siap. "Eh?diaorang nak pergi mana ek?" selepas tu tiba-tiba sedara  Anis ajak pergi Bazar.Yelah hari ni kan malam raya,mesti ramai peniaga akan melelong barang-barang.Sampai sahaja dekat bazar,perghh!ramainya orang.Diaorang ni tak reti nak balik kampung ke hah?hahahaha xD

Masa Anis pergi bazar tu,Anis pakai baju biru dengan seluar merah jambu.ala-ala colour blocking gitu.Haha yang peliknya dekat sana tak ada pun orang nak pakai seluar warna warni macam Anis ni.Kebanyakkan pakai seluar jeans sahaja.Eh?eh?diaorang pakai baju k.Alah faham-faham sahaja lah.Lagipun budak keyell zaman sekarang sahaja yang pakai seluar warna warni ni.hehe.Tapi dekat bazar tu,diaorang pandang Anis macam pelik sahaja.Ada juga yang dapat agak Anis ni orang keyell.Haha biasalah orang keyell lain sikit. :D

Okay!dah habis jalan-jalan tu,terus balik.Balik-balik sahaja,tengok-tengok mama tak tidur lagi sebab tengah gosok  baju raya kitaorang.hehe.Badan Anis dah letih masa tu,jadi tak dapat nak tolong.Anis pun tidur lah. *ish anak dara jenis apa lah ni. -.-"

Assalamualaikum. :)



Tuesday, August 6, 2013

Hari Ke-28 Ramadhan!


Assalamualaikum...hai! *lambai tangan. Hah!yang sebelah tu pakwa Anis.hahaha tak ada lah gurau sahaja.Hah!hari ni hari jadi Putri.hehehe


Selamat Hari Jadi Putri Nur Syafiqah Binti Kamaruddin.Semoga panjang umur dan dimurah kan rezeki.Aminn.Love you bestie. :)

Hah!pagi tadi Anis bangun sahaja terus suara tak ada.Eh?asal pula ni.Urmmm.Apa-apa pun masa sahur tadi tiba-tiba mama suruh Anis makan ubat.Tak kan ubat tu penyebabnya Anis tak ada suara?Ceyh!tak akan lah.Tapi dia suruh makan ubat tu 2 kali sehari."ubat apa pula ni? -.-" Dia kata ubat tu elok untuk *tutt...  Ceyh bajet rahsia sahaja.Hehe dia suruh makan ubat tu supaya Anis tak sesak nafas lagi.Tapi kena makan hari-hari lah.Ceyh macam lah Anis ni rajin sangat nak makan ubat-ubatan ni.Lain lah kalau orang suruh.Ahakss *manja. 

Okay.Hari ni tiba-tiba mama Anis ajak adik beradik Anis pergi Sogo.Nak "shopping" katanya. :)
Yeah!kitaorang ni kalau bab "shopping" sahaja,bukan main laju lagi.Masa dekat Sogo tu kitaorang main ambil sahaja apa yang kitaorang nak.Hehe kasihan mama sebab kena bayar semua ni.Setahun sekali ma.Hehe Terima Kasih Mama! You are the best "Mama" in the world! Muahhh! :*

Kesimpulannya,hari ini Anis "shopping" dapat sepasang kasut,3 helai baju dan 2 seluar. *ceyh wah!dah macam karangan lah pula nak kesimpulan bagai.Hehe :)

Terima Kasih.Assalamualaikum. 


Monday, August 5, 2013

Hari Ke-27 Ramadhan!


Assalamualaikum w.b.t. Hari ni Anis bangun awal sangat sebab Anis termimpi Qussiynur iaitu kawan baik Anis yang paling Anis sayang.Anis mimpi yang Anis pergi melawat sekolah dia.Sebenarnya kan bukan Anis seorang sahaja yang pergi melawat sekolah dia tu tapi sekolah Anis telah mengadakan rombongan lawatan sambil belajar di sekolah Teknik Kuala Lumpur.Bila masuk sahaja sahaja dekat sekolah tu ,benda pertama yang Anis cari ialah Anis cari Qussiy.Pusing satu sekolah tu,Anis tak jumpa dia.Pergh!dah lah sekolah tu besar.Boleh sesat Anis.hehe. Urmmm sekali dia ada dekat padang darr...dia tengah "study" masa tu.Pergh punya lah Anis sebak masa Anis nak pergi dekat dia masa tu.

Anis nangis sebab Anis rindu sangat dekat dia.Dia lah kawan baik Anis yang sanggup tunggu sampai Anis balik,dia jaga Anis masa Anis sakit,dia teman Anis masa Anis sedih ataupun saat Anis perlukan seseorang,dia lah tempat Anis mengadu.Ini lah sahabat sebenar Anis yang sanggup buat apa sahaja asalkan kawannya bahagia.



Anis tak tahu nak balas jasa dia macam mana.Anis hanya mampu berdoa  untuk dia supaya dia berjaya didunia ataupun di akhirat.Semoga Allah merahmati jasa dia dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.Aminn.Love you and I miss you so much Qussiynur Yakin.You're the best friend in the world. :')

Sunday, August 4, 2013

Hari Ke-26 Ramadhan!


Assalamualaikum w.b.t. Hah!Hari ni Anis nak buat kuih.Awal sungguh Anis bangun hari ni sebab tak sabar-sabar nak buat kuih buatan sendiri.Hari ni nak buat 4 jenis kuih iaitu kuih suji delima,tat nenas,honey corn flakes dan biskut makmur 


Mula-mula mama nak buat kuih tat nenas.Anis cuma duduk bersila(macam gambar dekat atas tu) dan tengok sahaja cara-cara nak buat.Kemudian mama suruh Anis buat kuih suji delima.Anis tak tahu nak buat kuih tu,selepas tu mama bagi resipi.hehe kalau macam ni senang lah sikit.Mula Anis sukat dulu bahan-bahan mengikut resipi yang diberi.Kemudian campurkan kesemua bahan dan gaulkan sehingga sebati.hehe best juga buat kuih ni.Tak ada lah susah mana.Senang sahaja! *ceyh!tengok resipi memang lah senang. :P Jeng....jeng..jengggg.







Hehe nampak sedap kan!Opss puasa ok.Nanti bila dah berbuka baru boleh makan.Hah!kalau nak rasa kuih buatan Anis sekeluarga,jemputlah datang rumah Anis raya ni ok.Assalamualaikum. :)

Saturday, August 3, 2013

Hari Ke-25 Ramadhan!


Assalamualaikum w.b.t.urmm hari ni seriously Anis tak ada mood dan sedih!Mula dari pagi sampai pukul 6petang baru mood Anis ok sikit.Urm lepas sembahyang subuh pagi tadi Anis tak tidur pun sampai sekarang sebab macam-macam masalah yang Anis fikir.ishh kalutnya lah!!Urm pagi tu Anis cubalah buat perkara-perkara yang boleh hilangkan "stress" seperti buka twitter,facebook atau main gitar. Huh!masih tak ada mood juga.Apa yang Anis buat,ada sahaja yang tak kena.Selepas tu,Anis buka lah cerita lawak ker der 2,yelah manalah tahu boleh buat Anis gelak ke?Tapi tak jadi juga.hoho dengan penuh serious nya muka Anis masa tengok lawak ke der 2 tu.Urm tengok lawak ke der pun tak boleh nak menggembirakan Anis. :'(


Huh!Pagi tu memang Anis tak ada mood nak buat  apa-apa pun.Dalam tengah hari macam tu tiba-tiba Mama ajak pergi beli barang sikit sebab mama nak buat kuih katanyaaa.Urmmm Anis tak ada mood lah nak pergi mana-mana pun.Tapi kasihan juga dekat mama,urm Anis pergi teman lah juga.Anis pergi tesco,Ampang dengan Mama dan Adik Anis.Ok masa dalam perjalanan nak pergi Tesco,Ampang tu tiba-tiba adik angkat Anis telefon.Huh!dah lah dalam kereta masa tu,nanti mama cakap apa pula.Urm Anis tak jawab panggilan dia tapi Anis cuma sms dia sahaja. 

Ok dah sampai tesco tu Anis kena tolak troli bawa pun macam tak bermaya sahaja.Tak habis-habis termenung masa tu.Adik Anis pula tak habis-habis kena marah dengan Anis.Ada sahaja yang tak kena bagi Anis.Hah! selalunya kan Anis kalau pergi "super market" mesti Anis akan beli sesuatu yang Anis nak.Ambil sahaja lepas tu letak dalam troli tapi hari ni Anis tak ambil satu barang pun.Urmm tak ada mood nak pilih apa yang Anis nak.Sampai mama pun pelik tengok Anis.Urmmm dengan ngantoknya dan masalah lagi.Huh! stressnyaaaaaa!Urm kenapalah dengan Anis hari ni?Anis pun tak faham dengan diri Anis ni..Urmmm :'(

Ok tak lama lepas tu kitaorang pun balik rumah.Balik-balik sahaja terus tukar baju lepas tu terus baring dekat katil.Hari ni Anis berkurung dekat bilik.

*tik tok tik tok tik tok~ bla~bla (nak pendekkan cerita hehe)

Hah!dalam pukul 5.45petang macam tu,tiba-tiba Adik angkat telefon Anis.Anis layan sahaja macam biasa walaupun tak ada mood masa tu.Dah lama lepas tu baru Anis dah boleh gelak dan senyum semula sebab masa dia telefon tu boleh pula dia buat lawak.Anis pun tak boleh tahan tergelak lah.hehe "terima kasih adik sebab buat kakak tersenyum kembali".Hah!lepas dia dah telefon tu terus Anis ada mood balik.hahaha sebab tu ke Anis tak ada mood pagi tadi?Apa lah.Ada mood memang lah ada mood tapi masalah tetap ada!Urmm manusia mana sahaja yang tak ada masalah?semua orang ada masalah k.Tapi setiap masalah mesti ada penyelesaiannya!kan?Jadi kita janganlah cepat berputus asa ok!  :)

Thanks a lot!K lah Assalamualaikum w.b.t.  *malu(tutup muka)


Friday, August 2, 2013

Hari Ke-24 Ramadhan!


Assalamualaikum w.b.t. Eh?Eh?Wah!dah mula bercuti kita.Pelajar-pelajar sekolah suka lah dapat cuti panjang tapi kepada yang bekerja tu teruskan bekerja ok.Chaiyok!hahahaha xD bekerjalah bersungguh-sungguh ok.nanti boleh dapat gaji lebih kemudian bagi kitaorang separuh tau..tau..tau! hehe :D

Kerja kitaorang hanya kutip duit raya sahaja.haha.Tapi...dulu boleh lah kutip duit raya.Urm sekarang segan lah pula sebab dah besar ma!Jadi duit raya pun tak banyak sangat yang dapat. :(

Eh?apa ni tiba-tiba cerita pasal duit raya pula.hehe. lambat lagi lah Anis.Ish-ish. *geleng kelapa! haha xD
Hari ni tak plan lagi nak buat apa.Agak bosan juga lah.Ingatkan nak berbuka dekat luar tapi... *No money No talk! Hoho kena jimat ni.lagi pun nak dekat raya ni macam-macam nak dibelinya.Erghh yang jadi mangsa selalunya,mama lah,hehe kasihan mama.tak apa nanti kalau kitaorang dah kerja,kitaorang pula belanja mama shopping ok! :D

Hah!Mama ada bagi cadangan.Dia kata dia nak buat kuih sendiri tahun ni.Wah!mesti best!Anis suka buat-buat kuih ni.Kitaorang tak pernah buat kuih sendiri jadi kitaorang nak cuba lah juga kan.Besok mama nak shopping barang-barang untuk buat kuih.Kemudian lusa baru kitaorang mula buat kuih.Wah!tak sabarnya! *muka teruja.

hah!nak tahu jadi ke tak kuih yang kitaorang buat tu?kenalah tunggu lusa nanti ye.Bye! Assalamualaikum :)

Thursday, August 1, 2013

Hari Ke-23 Ramadhan!


Assalamualaikum dan salam Jumaat!Alhamdulillah dah ke-23 kita berpuasa.Hah!Hari hari akhir pelajar-pelajar sekolah bersekolah.Punyalah diaorang berseronok sebab besok dah mula bercuti.Selamat bercuti kawan-kawan. :)

Ok tadi sebelum balik sempat juga Anis dan kawan-kawan bermaaf-maafan dan bersalam-salaman.Tapi masa dekat kelas Anis,Anis dan kawan-kawan Anis boleh lagi menyanyi lagu raya masa cikgu tak masuk kelas lagi.Hehe Tapi kan...tapi kan...



Hari ni Anis ada dapat 2 kad raya!Wah!masih ada lagi yang menggunakan teknik tradisional iaitu menghantar kad raya.Yelah zaman sekarang ni kan dah ada teknologi canggih dengan menghantar sms,whatsap dan sebagainya.Hehe.Apa pun terima kasih lah yang bagi kad raya ni.Nanti Anis bagi kad raya juga ye.Ouh ya!urm terima kasih jugalah kepada yang ucapkan selamat hari raya dekat twitter Anis.Haha awal lagi ni kalau nak ucapkan pun.tak apa.Apa salahnya nak ucapkan awal-awal.sekali sekala kan?haha.terima kasih banyak-banyak ye. :)


Hanis Afiqah Ismail

Wednesday, July 31, 2013

Hari Ke-22 Ramadhan!


Assalamualaikum w.b.t. hai...hai.. *lambai tangan. Besok hari akhir persekolahan.hehe sepatutnya kan,hari Isnin dan Selasa depan kena sekolah tapi pihak sekolah telah meminta permohonan untuk mengambail cuti pada hari tersebut.Jadi Jumaat ni hari akhir sekolah lah.Tapi kan nanti kenalah sekolah ganti.Huh!nasib baik ganti hari Selasa tu je.

Hah!Anda semua dah beli baju raya?Warna apa sahaja?Wah!mesti cantik kan?Tapi kepada yang belum beli lagi baju raya tu,janganlah sedih-sedih ok.Masih sempat lagi kalau nak beli pun.Dekat Jalan Tunku Abdul Rahman pun berlambak baju raya yang bermacam-macam fesyen.Cakap sahaja nak macam mana,mesti ada punya.Lagi pun harga baju dekat sana sangat berpatutan.Hehe 

Ish!Anis dah kekurangan idea pula nak cakap apa.Urm tak apa lah.Sampai disini sahaja ok!Terima kasih.Assalamualaikum. :)

Tuesday, July 30, 2013

Hari Ke-21 Ramadhan!


Assalamualaikum w.b.t. Urm hari ni Anis letih sangat dan macam-macam dugaan yang menimpa.Mana tak nya,hari ni Anis kena stayback dekat sekolah sampai pukul 3petang.Selepas itu,Anis  balik kena naik LRT macam biasa.Hah!masa Anis nak menuju ke blok rumah Anis,tiba-tiba ada satu budak perempuan yang berasal dari myammar dalam linkungan 7 atau 8 tahun macam tu menghampiri Anis.Anis tahu dia budak myammar pun sebab Anis kenal beg diaorang dan memang selalunya kalau budak myammar nak pergi belajar diaorang selalu pakai beg warna biru pekat.Jadi dari situ Anis dah boleh agak diaorang ni berasal dari negara mana.Selepas tu,dia cakap bahasa inggeris dengan Anis.Aduhhh!dah lah bahasa inggeris Anis teruk.Tak apa..tak apa.Anis layan sahaja budak tu cakap apa. 

Ok sebenarnya budak tu nak pergi kondo sebab ibubapa dia suruh pergi sana untuk belajar dengan satu cikgu ni,lagi pun dia sesat.Kawan-kawan dia lari tinggalkan dia.Anis kasihan sahaja tengok budak tu sebab tu lah Anis tolong dia.Walaupun masa tu Anis tengah haus sangat dengan beg berat lagi lepas tu barang yang banyak di tangan.Tapi tak apa lah semua tu bukan penghalang untuk Anis nak tolong orang.Anis pun bawalah dia pergi kondo tu.Tapi kan..urmm Anis pelik lah dengan dia.Huh!dengan penuh beraninya dia ikut Anis pergi kondo tu.Budak tu tak takut kena culik meyh?eh?bukan Anis nak culik dia tapi dia dah lah jalan seorang-seorang.Bahaya ok!Hah! dah sampai sahaja dekat kondo tu,boleh pula dia tak tahu tempat.Urmmm dekat 1 jam juga Anis dengan dia pusing satu kawasan kondo tu,kemudian naik blok ni lah..blok tu lah..tapi masih tak jumpa juga.Anis jalan dengan dia kulu kilir sampai kawan-kawan Anis dekat kawasan situ ingat yang budak tu  adik Anis.haha apa lah.Anis mana ada adik perempuan tapi kalau adik angkat perempuan ada lah.

Urmmm dah lama-lama tu dia pun dah penat,Anis pun lagi lah penat dengan kehausannya lagi.huh!sabar-sabar.puasa ma jangan merungut ok.Tapi dia seolah-olah ingin mencari sampai dapat rumah cikgu sebab dia tak nak balik Takut dimarahi oleh ibu bapanya.Dah lah dia cakap bahasa inggeris Anis tak faham sangat sebab dia tahu cakap bahasa inggeris sikit-sikit sahaja.Hoho samalah dengan Anis.Tapi dia punya bahasa inggeris campur bahasa myammar sikit *"Mynglish".Yang Anis ni pula bahasa inggeris dicampurkan sedikit bahasa malaysia *Manglish (bahasa rojak.haha)

Ok dah lama selepas tu Anis pujuk dia suruh balik sebab dah pusing-pusing dekat kawasan tu tapi masih tak jumpa lagi.Urmmm dah lama selepas tu baru dia rasa nak balik Anis pun temanlah dia sampai rumah dia.Urmmm maafkan saya,saya tak boleh nak bantu awak sampai ke rumah cikgu awak tu.Bye Jumpa lagi. :(  Walaupun sekejap sahaja bersama dia,tapi rasa sedih pula nak tinggalkan dia.

Dia comel lah! :D 

Tapikan...ini adalah satu pengalaman yang agak penat juga tapi seronok juga berjalan dengan budak-budak.Hari ni rasa macam mimpi ok.Urmm sebenarnya Anis memang nak ada adik perempuan tapi tak ada rezeki sebab tu Anis ambil adik angkat.Lagipun Anis dah bersyukur dapat adik lelaki dan tu lah satu-satunya adik kandung Anis.Thanks Allah. :)


Monday, July 29, 2013

Hari Ke-20 Ramadhan!


Assalamualaikum w.b.t. Wah!pejam celik,pejam celik,lagi 10 hari sahaja lagi untuk kita berpuasa di bulan Ramadhan ni.Cepat sahaja masa berlalu.Tapi sedih lah nak meninggal bulan ramadhan ni.entah,tahun depan kita semua jumpa lagi ke tak bulan ramadhan ni. :'(

Hah!Hari ni seperti biasa lah kena pergi sekolah!ouh ya!Hari ni hari Isnin...ada Perhimpunan!Eh chop! mana ada perhimpunan hari ni sebab tingkatan 3 masih ada "trial PMR" lagi. ouh yes!Tapi kalau tak ada perhimpunan sekali pun Anis tetap kena jaga kelas jagaan Anis.Erghh malas lah....hehe tak apa..tak apa,minggu ni sahaja.Minggu depan dah mula cuti sekolah sempena cuti hari raya!Yeah! Urmm tapi kalau cuti duduk rumah sahaja,bosan juga.Huh!dah kena susun jadual ni,untuk aktiviti pada cuti sekolah nanti.Baru lah tak bosan nanti.Ouh ya lah!hampir lupa pula.Urm cuti-cuti juga tapi kena ulangkaji mata pelajaran sekali sebab lepas raya ada peperiksaan Ujian 2.

Huh!ok!kali ni Anis kena belajar betul-betul supaya mendapat markah yang cemerlang!Chaiyok!Lagi pun masa Peperiksaan pertengahan tahun hari tu markah Anis teruk sangat!urmmm jadi Anis tak nak ulanginya lagi.kasihan dekat ibu bapa Anis yang sedih dengan markah Anis macam tu.Anis tak nak salahkan siapa-siapa sebab markah Anis jadi macam tu.Anis yang tak pandai nak uruskan masa.Mulai hari ni Anis dah kena buat jadual belajar di rumah.Masa Anis tingkatan 4 ni lah kena berlajar betul-betul mata pelajran tingkatan 4,bukannya masa Anis tingkatann 5 nanti baru nak tangkap balik mata pelajaran tingkatan 4 tu.Nanti tak sempat pula nak belajar topik tingkatan 5.Erghh!Takutnya SPM nanti.Dah lah masa berlalu dengan pantas.pejam celik..pejam celik dah sampai 2014.Lepas tu SPM.huhu~

Ya Allah!Kau berikanlah Hanis Afiqah Binti Ismail Mendapat 9A dalam SPM 2014 nanti Aminnn. :)

Terima kasih. Assalamualaikum. :')

Sunday, July 28, 2013

Hari Ke-19 Ramadhan!


Assalamualaikum! Wah!wah! dah 19 hari kita berpuasa.Hah!malam ni malam yang ke-20 kita berterawikh.Eh?Lailatul Qadar,10 malam terakhir ni lah kan?Wah!kena rebut peluang ni sebab malam lailatul qadar adalah lebih baik daripada 1000 bulan.Tapi Ada yang berpendapat bahawa lailatul qadar ni pada 21,23,25,27 dan 29 iaitu nombor ganjil.Tak kisahlah,janji 10 malam terakhir ni kena lah mempertingkatkan ibadah kita dengan melakukan sembahyang sunat.Mana lah tahu kita akan berjumpa dengan malam lailatul qadar tu ke?InsyaAllah.

Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar

1 - Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lain.
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur’an) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Rabbnya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.” (Surah AlQadr)
2 – Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)
Sebagaimana sebuah hadits, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam:
“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)” (Hadith Riwayat at-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)
3 – Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya
Dari Ubay bin Ka’ab r.a, bahawasanya Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda:
“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar..” (Hadith Riwayat Muslim)
4 – Bulan nampak separuh bulatan
Abu Hurairah r.a pernah bertutur: Kami pernah berdiskusi tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam, beliau bersabda, “Siapakah dari kalian yang masih ingat apabila bulan muncul, yang berukuran separuh dulang.” (Hadith Riwayat Muslim)
5 – Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas r.a berkata: Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda:
“Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang matahari terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadith hassan)
6. Kadang-kadang terbawa dalam mimpi
Seperti yang kadang-kadang dialami oleh sebahagian sahabat Nabi radhiallahu ’anhum. Syeikh Yusuf Khattar Muhammad menyatakan hikmah tidak ditentukan Lailatul Qadar secara jelas adalah supaya kita sentiasa melakukan ibadah kepada Allah pada setiap malam dalam bulan Ramadhan khususnya pada 10 malam yang terakhir.
“Carilah malam lailatul qadar pada sepuluh hari yang terakhir. Namun jika salah seorang dari kamu tidak mampu, maka jangan sampai terlepas pada hari ketujuh yang terakhir.” (Hadis Riwayat Muslim)
Aisyah r.a mengatakan:
“Rasulullah ShallAllahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, yang ertinya: “Carilah malam Lailatul Qadar di (malam ganjil) pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan” ” (Hadis Riwayat Bukhari 4/225 dan Muslim 1169)

Bilakah Tarikh Malam Lailatul Qadar?

Lailatul Qadar satu malam dalam bulan Ramadhan yang tidak diketahui dengan tepat tarikhnya. Ia lebih diharapkan untuk mendapatkannya pada 10 malam yang terakhir Ramadhan, terutama malam-malam yang ganjil daripada 10 hari terakhir Ramadhan tersebut.
Waktunya dikira apabila masuk waktu Maghrib sehingga terbit fajar. Seluruh ulama sepakat bahawa al-Quran diturunkan pada malam al-Qadar, sebahagian ulama berpendapat malam al-Quran diturunkan itu berlaku pada 17 Ramadhan, Syaikh Shafiyyurrahman al-Mubarakfury dalam kitab Sirah Nabawiyyah mengatakan al-Quran diturunkan pada malam ke 21 Ramadhan.
Jadi,marilah kita berasama-sama melakukan ibadah pada 10 malam -malam yang terakhir ni.InsyaAllah jika amalan-amalan kita ni ikhlas pasti Allah memberi ganjarannya. :)
Itu sahaja yang Anis nak kongsi kan hari ni.Assalamualaikum. 

Saturday, July 27, 2013

Hari Ke-18 Ramadhan!


Assalamualaikum w.b.t.Hari ni hari sabtu.Anis tak tahu nak buat apa.Boring lah.Selalunya kalau hari sabtu sahaja mesti ada aktiviti seperti keluar dengan keluarga ataupun dengan kawan-kawan.Tapi "no money,no talk". :( Lagipun banyak lagi benda yang berfaedah perlukan duit.Dah lah hari tu baru sahaja kereta Mama masuk bengkel.Bayar dekat RM500 macam tu urm baru ingatkan nak ajak mama nak beli baju raya.Tak apa lah.minggu depan sempat kot nak beli.Err baju lelaki dah beli awal-awal sebab nanti kalau beli lambat-lambat tak ada saiz.Kalau baju perempuan beli last minit pun tak apa.Tapi kenalah sedondon.baru meriah dan menampakkan kelaurga yang bahagia!hehe :)

Hah!tema baju raya tahun ni warna *tuttt.Mesti menyala-nyala kan warna *tuttt tu.hehe maaf di sini ada kesilapan teknikal sebab tu anda tak boleh tahu warna apa.Tak apa nanti raya pertama Anis akan bagi tahu ok!Setakat ni kenalah rahsiakan dulu sebab belum raya lagi ma! Lagi pun nanti tak surprise lah kan bagi tahu awal-awal? :D

Tahun ni tak tahu nak balik kampung mana.Ceyh!wah!Bajet-bajet sahaja ayat tu.Padahal selama ni pun Anis selalu balik Johor Bahru.Dah tu sahaja kampung Anis selalu pergi.Yelah kampung belah ayah dan mama dekat Johor bahru ma.Jadi senang lah sikit.Tak ada lah diaorang nak gaduh-gaduh tentang balik kampung ni. :) Tapi yang paling Anis suka apabila beraya di kampung belah Mama.Baru lah meriah!

Eh?apa ni cerita pasal nak raya pula.haha.Lambat lagi k.lagi 11 hari lagi.Urmm klah.banyak lagi kerja yang tak siap ni. Bye Assalamualaikum. :)


Friday, July 26, 2013

Hari Ke-17 Ramadhan!


Assalamualaikum w.b.t dan salam juamat ya! Hah!Hari ini hari jadi someone.hehe

SELAMAT HARI JADI AWAK! :)

Saya masih ingat lagi tau hari jadi awak hari ni.Pada pukul 12 malam tadi saya wish dekat bear yang pernah awak bagi dekat saya tu.Maaf saya tak dapat nak wish dekat awak sendiri sebab kita dah "lost contact".Lagi pun awak macam dah lupakan saya sahaja.Tapi tak apa,saya masih ingat awak lagi ok. :')


Ok.Hari ni dekat sekolah ada majlis berbuka puasa.Guru-guru dan pelajar Islam diwajibkan hadir.Sebelum tu,hari ni kena sekolah dulu seperti biasa.Sesi pagi boleh balik ke rumah dahulu kemudian baru datang ke sekolah kembali.Tapi yang sesi petang tak dibenarkan balik hehe kasihan.Lagi pun diaorang semua dah bawa baju dan telekung siap-siap dari rumah.

Hah!hari ni Anis pergi majlis berbuka puasa tu dengan Putri.Kitaorang sahaja-sahaja nak gerak sama-sama.Dalam pukul 4.40petang baru kitaorang sampai dekat sekolah.Selepas tu,Anis terus jalan cepat-cepat sebab Anis kena jaga dekat tempat pendaftaran.Sampai-sampai sahaja kawan-kawan Anis semua dah sampai.hehe sorry lambat.Hari ni Anis pakai baju kurung warna hitam kelabu(polka dot).Sedondon dengan kawan baik Anis iaitu Iera yang pakai baju kurung warna kelabu dan juga kawan-kawan Anis yang pakai warna hitam tu.Adik angkat Anis pun pakai hitam.Hehe kitaorang sebenarnya memang dah sepakat dah pun nak pakai baju warna hitam.Tapi kawan-kawan Anis yang lain ada yang pakai baju kurung warna biru.Diaorang geng lain.haha xD

Tahun ni ustazah panggil En.Mohd Elyas Bin Ismail(Panel tanyalah ustaz TV9) untuk memberi ceramah di majlis berbuka puasa ni.Hehe nama bapa dia sama dengan nama bapa Anis. :) Ok beliau pernah belajar di Universiti Al-Azhar,Mesir.

Best lah ustaz Elyas tu bagi ceramah.Dari mula sampai akhir ceramah tu,kitaorang semua tak berhenti-henti gelak.Ada sahaja yang lawak.Lawak-lawak pun berfaedah dan berilmu.Hope tahun depan ustazah panggil ustaz Elyas tu datang bagi ceramah lagi.Kalau lawak macam tu siapa sahaja nak tidur?Orang yang mengantuk pun kalau dengan ceramah dia,terus segar ok.Hah!lagi satu kelebihana ustaz Elyas ni.Suara beliau sungguh merdu~ huhu mendayu-dayu.Lagi-lagi masa beliau baca ayat-ayat al-Quran semasa sembahyang terawikh tadi,Terasa macam sekejap sahaja.Dalam pukul 10 malam,berakhir lah sudah majlis berbuka puasa.Sebelum balik,cikgu suruh ambil air yassin dan duit raya.Yeah! haha duit raya pertama tahun ni yang Anis dapat.

Ok selepas turun dewan,macam biasa lah ada aiskrim percuma! haha tiap-tiap tahun ada.Selepas dah ambil tu Anis terus menuju ke pagar utama.Tengok-tengok mama Anis dah sampai.Terus Anis naik kereta tu.Tapi kantoi lah pula sebab "dia" nampak.Alamak..

Urm k lah Anis pun penat dan dah mengantuk ni.Selamat malam! Assalamualaikum.


Thursday, July 25, 2013

Hari Ke-16 Ramadhan!


Assalamualaikum.Hah!Hari ni datang sekolah seperti biasa.Ok hari ni perhimpunan di dalam kelas masing-masing sebab tingkatan 3 ada "trial PMR". wah!goog luck!Hari ni diaorang peperiksaan matematik.hehe subjek kegemaran Anis dulu.tapi sekarang ni kurang minat pula dengan subjek tu.Urmm..

Ok selepas Anis dah habis jaga kelas jagaan Anis,Anis terus masuk kelas.Tiba-tiba Wiwin sahaja-sahaja tengok tarikh hari jadi.Selepas tu Wiwin cakap dekat Anis:

"Weyh Anis.Semalam hari jadi Shazmin lah"

"Eh?ye ke?Hari ni berapa hari bulan?"

"hari ni dah 25.7.2013"

"OMG!seriously hari 25?Arghhh!tidak.sebenarnya aku ingat tarikh hari jadi dia,tapi aku tak ingat lah pula yang hari ni dah tarikh 25.Macam mana ni?"

"entah lah *wiwin sambung buat kerja"

Ya Allah!macam mana aku boleh tak ucapkan hari jadi dia semalam.kasihan dia.mesti dia sedih sebab tak ada seorang pun kawan-kawan dia ucapkan selamat hari jadi.Rasa bersalah lah pula. *dalam hati.

Tinkkk! *mentol

Hah!Anis dah dapat idea.Anis panggil Suhailah selepas tu Anis dan Sue bincangkan tentang hari jadi Shaz.Kitaorang ingat kan nak sambut masa berbuka puasa di sekolah besok tapi tengok lah dulu jadi ke tak.InsyaAllah. :') 

SELAMAT HARI JADI NUR SHAZMIN BINTI AZIZI! SORRY LAMBAT WISH. :'(

Wednesday, July 24, 2013

Hari Ke-15 Ramadhan!


Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah dah 15 hari kita semua berpuasa.Urm penatnya hari ni.Anis ni asyik-asyik tidur lambat sahaja sebab macam-macam cikgu suruh Anis tolong.Hah!sejak nak dekat raya ni ,asyik sibuk sahaja nak siapkan persiapan hari raya nanti.haha.ok hari ni hari rabu jadi maknanya hari ni ada kokurikulum.Kenalah pakai baju unit beruniform.Hah!lupa pulak yang hari ni Anis kena pergi seminar Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah jadi Anis kena pakai baju sekolah biasa.Huh! nasib baik ingat.Ok tadi datang sekolah sahaja terus nampak bulan.Wah!Hari ni bulan penuh.cantiknyaa!!Warna jingga tu.cantik bha! 

Dalam pukul 8pagi macam tu baru Ustazah Awalana hantar Anis pergi JPWPKL.Opsss bukan Anis seorang sahaja.sebenarnya ada kawan-kawan Anis yang ikut juga iaitu Putri,Puteri dan Aina. :)

Kitaorang berempat telah dipilih oleh ustazah sendiri.Lagi pun ustazah ambil kitaorang sebab nanti kitaorang kena pergi kem tentang berdakwah jadi ustazah nak bagi kitaorang lagi banyak ilmu pengetahuan sebab itu dia pilih kitaorang ni.Urm Anis bukannya tahu sangat pun tentang Islam ni tapi sekarang ni Anis cuba untuk mempelajari dengan lebih dalam lagi tentang Islam.Mana lah tahu bila dah besar nanti Anis jadi ustazah ke?hehe InsyaAllah.Aminnn. :)

Wah!banyak juga sekolah lain yang hadir.Hah!yang pasal seminar tu memang best.Macam-macam yang Anis telah pelajari hari ni.Tapi Anis sebak sikit apabila ada seoarang ceramah ni menceritakan tentang pengalamannya selama seminggu berada di Syria.Beliau telah tunjukkan kepada kitaorang semua dua video tang peperangan di Syria.Kasihan dekat diaorang kerana didera dan dibunuh dengan kejam.Anis bersyukur sangat sebab Anis dilahirkan di negara yang aman damai dan bebas dari peperangan iaitu di Malaysia.Hah!di negara mereka setiap hari dekat 30 hingga 50 orang akan mati/meninggal dunia ,tak kiralah kanak-kana,remaja,orang dewasa atau  warga emas.Kasihannyaaa. :'(

Urm Anis berhasrat,bila Anis dah besar nanti,kemudian Anis kerja tetap dan dah dapat gaji,Anis nak dermakan sedikit kepada mereka yang berada di syria yang dalam kesusahan. :')

Marilah kita memberi bantuan ataupun berdoa kepada mereka.Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah.Aminnn.. 

Al-fatihah~


Tuesday, July 23, 2013

Hari Ke-14 Ramadhan!


Assalamualaikum. Wah!hari ni dah 14 hari kita berpuasa.Syabas kepada anda yang masih berpuasa penuh tu. *tepuk tangan :)


Huarghh!mengantuknyaa! *menguap. Alamak!dah azan.Urm tak sempat nak sahur.Iyalah mana tak nya sebab Anis tidur kul 4.30 pagi tadi.Sampai mama Anis kejut pun Anis tak dengar.Ni kes nak siapkan kerja seni lah.urm dapat tidur berapa jam je. :(   .Ouh ok dah bangun tu terus siap-siap nak pergi ke sekolah.Walaupun mata masih mengantuk,sekolah tetap kena pergi.Tak ada maknanya nak ponteng disebabkan mengantuk.erghhh membazir kehadiran sahaja.Sampai sekolah sahaja dengan muka yang masih mamai.hehe mengantuk lah katakan.Tapi kali ni Anis tak tidur dalam kelas ok.Anis tahan sahaja walaupun mata ni asyik nak tutup sahaja.

Kringg!! *loceng balik sekolah

Hah!Akhirnya!!yeah!Dah balik! Urm balik ni terus tidur.

Ok.Dah berjam-jam selepas tu.Azan mahgrib pun berkumandang.Apa lagi berbuka puasa lah. Hah!masa tengah berbuka tu,tiba-tiba ada orang telefon Anis.Rupa-rupanya "A" yang telefon.Ceyh!ingatkan siapa tadi.
Tapi Anis tak jawab.Yelah masa tu kan tengah berbuka puasa jadi tak sempat nak tekan dia dah tutup.Eh?apa ni main pancing-pancing orang pula.Urm tak lama lepas tu Anis text "A" kenapa telefon tadi?"
Rindu katanyaa...haha lawak k.Apa lah.lama juga main text dengan dia sampai kredit pun habis sebab dia pakai maxis,Anis pula pakai digi.urmm  tak apa lah nanti kita text lagi ok.sorry. K lah Bye Assalamualaikum. :)

Monday, July 22, 2013

Hari Ke-13 Ramadhan!


Assalamualaikum w.b.t.Hah!Anda sihat?Alhamdulillah. 



Ok hari ni Anis kena buat persembahan sempena hari "Ambang Merdeka" erghh malunyaaa!.Urm sebelum tu pagi ni macam biasa lah kena pergi "briefing" dulu.Hah pagi-pagi lagi dah ada orang yang marah-marah.ish-ish. *geleng kepala. 

Hah!Selepas briefing tu Anis sahaja jalan dekat depan bilik guru.Kemudian Anis terdengar ada orang marah-marah.Bila Anis tengok sahaja dekat cermin bilik guru tu rupa-rupanya Putri kena marah.Kasihan Putri.urm dia kena marah dengan Pn. *Tuttt.... .Bukan Putri yang salah pun.Putri tak tahu apa-apa pun.Dah lah dia baru baik dari demam.Pergh!dah lah dia kena marah dalam bilik guru.Selepas tu boleh pula  tu marah kuat-kuat sampai satu bilik guru boleh dengar.Kasihan Putri.Anis nampak dia menangis teresak-esak.Urm dia keluar sahaja dari bilik guru tu Anis terus kejar dia sebab Anis nak pujuk dia.Tapi laju pula dia jalan.Sampai Anis panggil pun dia tak hiraukan.Urm tak apalah mungkin dia sedih sangat kot.Urm biarlah dia menangis dulu.Nanti kalau dia dah tenang sikit baru Anis pujuk dia balik.

Ok.Selepas dah habis perhimpunan,Anis cuba nak cari Putri.Urm tengok-tengok dia dah masuk kelas.Tapi dia masih menangis lagi.Begitu teruk sekali seyh.Urm kalau Anis pun,Anis akan menangis juga.Yelah,dah lah Anis sensitive kena marah ni.Hope dia ok.

Hah!masa waktu persekolahan dah tamat,Anis dan kawan-kawan lepak lah dekat tempat biasa kitaorang.urm masa tu Putri dah boleh bercakap kembali.Yeah! :) Tapi mata dia sembab gila =.= .Kasihan Anis tengok.Urm tak lama selepas itu,baru Putri cerita tentang pagi tadi yang dia kena marah tu.Urm sabar sahaja lah ya.Ramai cikgu-cikgu yang lain sokong Putri sebab cikgu-cikgu yang lain tahu yang sebenarnya Putri tak bersalah pun.Luaskan Iman mu Putri! hah!apa yang terjadi hari ni pasti ada hikmahnya.Jadi ambil lah ianya sebagai pengajaran ok! Semoga mereka berbaik-baik semula.Aminn. :)



Saya Hanis Afiqah Binti Ismail ingin menyusun 10 jari,meminta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau ada silap dah salah.harap dimaafkan. :')

Hah!jangan salah anggap ok.Tak semestinya kita meminta maaf pada hari raya aidil fitri sahaja.Setiap hari kita boleh minta maaf ok selagi kita masih hidup ni.Ok lah.Ini sahaja untuk hari ini.Bye Assalamualaikum.


Sunday, July 21, 2013

Hari Ke-12 Ramadhan!


Assalamualaikum w.b.t. Huarghh! *muka baru bangun.hehe. Bangun-bangun sahaja terus capai laptop.Urm hari ahad yang membosankan.Tak tahu nak buat apa *bosan.  Hah!hari ini sepatutnya nak pergi IKEA sebab abang pertama Anis tu nak beli barang sikit katanyaa.Tapi abang Anis yang kedua tu dah nak kena balik UiTM Jengka,Pahang.Urm minggu depan lah jawabnya pergi IKEA.Alahh baru nak berbuka dekat sana.Biasa lah tiba-tiba pula Anis kempunan nak makan meatball.Wah!sedapnya...ish puasa lah.Apa lah Anis ni.hehe.Urm tak apa lah.Lain kali lah ya. :(

Hari ni nak ke?ta nak ke.? kena lah siapkan kerja sekolah juga daripada kita membuang masa kan?hehe Anis kan rajin!yeah! *tepuk tangan. Erghhh rajin ke?padahal banyak kerja tertangguh ni.Ish-ish apa lah nak jadi dengan anak En.Ismail ni?haha xD .klah sampai disini sahaja.Urm lagi pun Anis dah tak tahu nak cakap apa lagi. :) .Kbye Assalamualaikum.

Saturday, July 20, 2013

Hari Ke-11 Ramadhan!


 Assalamualaikum..Huarghh!Pagi-pagi lagi dah kena bangun untuk pergi ke sekolah.Walaupun hari ni hari Sabtu tapi sekolah Anis ada sekolah ganti hari ni.Urm baru ingatkan nak berehat sahaja dekat rumah.Hari ni kena ikut jadual Hari Isnin.Urmmm hari ni sampai sekolah lambat sikit.Tak dapat nak pergi "briefing".Erghh tak apa lah.Hah!datang-datang sahaja terus Anis pergi letak beg dalam kelas selepas tu nak pergi gelanggang sebab ada perhimpunan.Ouh ya!Baru Anis ingat yang hari ni ada penyampaian hadiah sempena minggu pusat sumber tu.Sepatutnya penyampaian hadiah tu masa hari Isnin depan tapi Isnin depan ada hari "Ambang Merdeka" sebab tu lah cikgu buat hari ni.

Hah!Tak sangka pula yang Anis pun ada menang dalam pertandingan yang Anis masuk tu.Hehe.Anis dapat Johan dalam pertandingan fotografi (sesi pagi) kategori landskap,tempat kedua dalam pertandingan fotografi (sesi pagi) kategori aktiviti dan kuiz pusat sumber.Alhamdulillah.haha yang hadiah dekat atas tu,cikgu tak cabut harga pun.Anis dah kira,semua sekali dekat RM 73 juga lah.Wow!Hadiah yang lumayan ok.Pergh!banyaknya duit cikgu tu.Hehe Terima Kasih cikgu!

Selepas perhimpunan,Anis pun masuk kelas seperti biasa.Urm 10 orang sahaja pelajar kelas Anis yang datang.Bosan k.Dah lah sebelum rehat tak belajar pun sebab cikgu suruh kelas Anis naik dekat dewan sebab ada ceramah tentang persediaan Peperiksaan.Padahal tu untuk tingkatan 3 sahaja tapi ada juga tingkatan 5 dan 4 yang "join" sekali.Dah lah bosan,panas pula tu sebab ramai sangat dekat dewan tu.Erghh!ingat kan nak duduk dalam kelas sahaja tapi cikgu mata pelajaran kelas Anis waktu yang pertama tu kena uruskan dekat dewan jadi dia ajak kitaorang "join"sekali.urmmm kena lah ikut juga.

Masa rehat Anis kena buat "rounding duty 5 Akik".Urm tak dapat nak pergi tazkirah.Ok selepas rehat baru belajar seperti biasa.Dah pukul 12.30 tengah hari,pelajar dibenarkan balik.Loceng berbunyi sahaja terus Anis dan Shaz menuju ke pagar kecil.Kitaorang terus balik.Masing-masing penat hari ni.Padahal tak buat aktiviti apa-apa pun.Yelah mana tak nya selalunya hari sabtu mesti duduk rumah tak pun keluar dengan kawan-kawan.Mungkin tak buat apa-apa sebab tu lah rasa penat kot hari ni.haha xD

Balik-balik sahaja terus tukar baju selepas tu baring sambil tengok TV cerita mama-mama Mia Astro Ria.Haha layan sahaja lah cerita tu,alang-alang mama yang buka cerita tu.Best lah juga. :)

Klah bye Assalamualaikum. :)

Friday, July 19, 2013

Hari Ke-10 Ramadhan!


Assalamualaikum dan Salam Jumaat.Semoga Hari ni lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ni.Aminn.Ok hari ni Anis balik pukul 2.30petang sebab ada latihan lagi.Sampai rumah pukul 3petang.Dalam pukul 4petang baru Anis tidur sebab penat sangat.

*2 Jam kemudian Adik Anis tiba-tiba kejutkan Anis.

"Kak Anis bangun!"

"Urrmm nak apa? *menguap "

"Cepatlah!Mama suruh bersiap!"

"Nak pergi mana?"

"Kan hari ni buka puasa dekat hotel"

"Ouh ..a'ah lah,kakak lupa pula.Dah-dah pergi keluar." *kejam

*Anis tidur balik.5 minit kemudian ....

"Hanis Afiqah Binti Ismail...bangun!"jerit mama.

"Urmm yelah-yelah."

*Anis pergi bersiap.Kemudian pergi hotel tu naik LRT.Sampai sana dalam pukul 6.30petang.


Hari ni Anis pergi dengan mama dan dengan adik beradik Anis.

Urmmm...macam-macam makanan yang tersedia dekat sini,cuma kena ambil sendiri dan pilih ikut kemahuan kita.Nama pun buffuet kan?Jadi kenalah pilih sendiri.Haha yang banyak-banyak tu bukan Anis yang pilih pun.Anis cuma ambil ABC,air ice lemon tea dan satay sahaja.Tapi banyak juga yang Anis tambah.Hehe sedap ma!

Hah!Masa makan tu Anis ada tanya mama

"Ma,nak pergi hospital check up boleh tak?"

"kenapa?"

"Tak ada lah.Anis selalu sesak nafas.Tadi pun dekat sekolah tiba-tiba kena.Selepas tu tangan Anis jadi sejuk. :( " 

"Lah...Anis pakai sahaja lah minyak angin.Mungkin Anis sesak nafas sebab persekitaran Anis kot."

"Alah kita check lah dulu,bak kata pepatah mencegah itu lebih baik dari merawat."

"Urm biasa lah tu.Lama-lama mesti ok punya."

"urmm :( "

Dalam pukul 10malam baru kitaorang beredar dari situ.Kemudian kitaorang pergi Jalan TAR.Hehe Sahaja-sahaja nak jalan-jalan.Selepas itu,baru kitaorang balik rumah.Wah!kenyang perut ku hari ni.Alhamdulillah. Ok lah bye.Assalamualaikum w.b.t. :)

Thursday, July 18, 2013

Hari Ke-9 Ramadhan!


Assalamualaikum w.b.t. ok hari ni dah kesembilan kita berpuasa.Siapa yang masih berpuasa penuh lagi?Alhamdulillah.Setakat ni pun Anis masih berpuasa penuh lagi.


Ok.Di bulan yang mulia ni janganlah kita bergaduh,mengutuk,bermusuh-musuhan ataupun dengki mendengki sesama sendiri.Marilah kita bermaaf-maafan dan bersatu kembali macam dulu. :')

Ok sambung balik pada topik kita  untuk hari ni.Senyum adalah sesuatu yang mudah tetapi berat untuk diamalkan. Indahnya di dalam Islam, senyum merupakan suatu amal kebajikan kerana melakukannya merupakan suatu ibadah sedekah.
Berikut adalah kelebihan bersenyum :
1. Senyum menyebabkan kita kelihatan lebih cantik atau handsome! Betul tak?
2. Senyum mampu mengubah ‘mood’ kita kepada yang lebih positif dan bertenaga.
3. Senyum mengurang atau menghilangkan tekanan atau stress. Anda pernah cuba?
4. Senyum memantapkan sistem imunisasi badan kita. Maka badan kita akan lebih tahan terhadap penyakit.
5. Senyum menyebabkan anda kelihatan lebih muda! :D
Senyum-senyumlah selalu okey!  

IF YOU DON'T HAVE A SMILE , I'LL GIVE YOU ONE OF MINE. :)

Wednesday, July 17, 2013

Hari Ke-8 Ramadhan!



Assalamualaikum .Hari ni Anis kena buat "Rounding duty" dekat block D.Hoho boleh pula penyakit tu serang tiba-tiba.Rasa tak larat pula.tapi kena lah juga buat "duty" tu.Air mata dah mengalir masa tu tapi Anis terpaksalah menahan sakit sementara.Ya Allah sungguh peritnya kesakitan yang engkau beri kan ini ya Allah.. :'(  .Erghhh hanya Allah sahaja yang tahu,betapa sakitnya Anis masa tu.Selepas rehat terus Anis pergi bilik pafa sebab ada agama.Dah sampai tu tiba-tiba Shaz dan Aina perasan jadi diaorang pun tanya,

"Kau kenapa Anis?"kata Shaz.

Masa tu Anis senyap sambil geleng kepala.selepas itu Aina tanya

"Kau ok tak ni?" 

*Anis angguk kepala.Dah lama selepas tu baru Anis cerita dekat diaorang. :'( .Dalam pukul 12 tu baru penyakit reda sikit.Apa punca pun Anis tak tahu.Tiba-tiba sahaja serang tanpa diduga.Semoga selepas ni tak kena lagi dekat sekolah sebab selalunya kena dekat rumah sahaja.

Ok hari ni hari Rabu jadi kena balik pukul 2petang sebab ada kokurikulum tapi Anis tak pergi kokurikulum sebab Anis ada latihan untuk persembahan hari Isnin depan sempena "Ambang Merdeka".Kelas Anis telah terpilih untuk membuat persembahan.Itu pun sebab hari tu kelas Anis pernah menang pertandingan nyanyian,jadi cikgu pilih sahaja lah.Kemudian cikgu suruh Anis main gitar.Mula-mula Anis memang tak nak.Dah lah masa tu Anis tak ada mood,leceh lah nanti nak kena bawa gitar.erghh.Tapi pada masa yang sama Anis macam kasihan pula dekat cikgu.Jadi Anis terima sahaja lah.Bincang punya bincang,sekali Amira yang kena bawa gitar.Anis dan Suhailah kena bawa ukulele.Ceyh bawa sahaja ukulele tapi tak main pun sebab Anis dah main gitar jadi tak akan lah Anis nak main ukulele pada masa yang sama juga?Gila apa?Anis bukan robot okay! Urm Suhailah kata dia nak main ukulele tu masa persembahan tapi dia tak tahu sangat chord ukulele tu.Anis boleh sahaja main tapi nanti siapa pula nak main gitar?Urm baru nak bergabung dengan gitar dan ukulele.Tak apa lah.Diaorang cuma nyanyi sahaja lah.

Seterusnya,masa Anis tengah main gitar tiba-tiba Pn.F.. minta gitar tu.Kemudian dia main kejap.Dia kata dulu dia suka main gitar ni memang hobi dia dulu pun,tapi dia dah lupa sikit nak main gitar,katanyaaa.Ok selepas tu Anis sambung balik main gitar yang diaorang pula nyanyi lagu patriotik.

*Kringgg!

Ok.masa untuk balik rumah.Hari ni macam biasa lah.Kena naik Lrt.Urm sejak bulan puasa ni,tiba-tiba pula Ayah suruh Anis balik naik Lrt sebab ayah ada kerja.Urm tak apa  lah.Anis ok sahaja.Sampai rumah terus Anis pergi rehat.Kepenatan lah katakannn.