Pages

SELAMAT DATANG!

Friday, July 19, 2013

Hari Ke-10 Ramadhan!


Assalamualaikum dan Salam Jumaat.Semoga Hari ni lebih baik dari hari semalam dan hari esok lebih baik dari hari ni.Aminn.Ok hari ni Anis balik pukul 2.30petang sebab ada latihan lagi.Sampai rumah pukul 3petang.Dalam pukul 4petang baru Anis tidur sebab penat sangat.

*2 Jam kemudian Adik Anis tiba-tiba kejutkan Anis.

"Kak Anis bangun!"

"Urrmm nak apa? *menguap "

"Cepatlah!Mama suruh bersiap!"

"Nak pergi mana?"

"Kan hari ni buka puasa dekat hotel"

"Ouh ..a'ah lah,kakak lupa pula.Dah-dah pergi keluar." *kejam

*Anis tidur balik.5 minit kemudian ....

"Hanis Afiqah Binti Ismail...bangun!"jerit mama.

"Urmm yelah-yelah."

*Anis pergi bersiap.Kemudian pergi hotel tu naik LRT.Sampai sana dalam pukul 6.30petang.


Hari ni Anis pergi dengan mama dan dengan adik beradik Anis.

Urmmm...macam-macam makanan yang tersedia dekat sini,cuma kena ambil sendiri dan pilih ikut kemahuan kita.Nama pun buffuet kan?Jadi kenalah pilih sendiri.Haha yang banyak-banyak tu bukan Anis yang pilih pun.Anis cuma ambil ABC,air ice lemon tea dan satay sahaja.Tapi banyak juga yang Anis tambah.Hehe sedap ma!

Hah!Masa makan tu Anis ada tanya mama

"Ma,nak pergi hospital check up boleh tak?"

"kenapa?"

"Tak ada lah.Anis selalu sesak nafas.Tadi pun dekat sekolah tiba-tiba kena.Selepas tu tangan Anis jadi sejuk. :( " 

"Lah...Anis pakai sahaja lah minyak angin.Mungkin Anis sesak nafas sebab persekitaran Anis kot."

"Alah kita check lah dulu,bak kata pepatah mencegah itu lebih baik dari merawat."

"Urm biasa lah tu.Lama-lama mesti ok punya."

"urmm :( "

Dalam pukul 10malam baru kitaorang beredar dari situ.Kemudian kitaorang pergi Jalan TAR.Hehe Sahaja-sahaja nak jalan-jalan.Selepas itu,baru kitaorang balik rumah.Wah!kenyang perut ku hari ni.Alhamdulillah. Ok lah bye.Assalamualaikum w.b.t. :)

No comments:

Post a Comment