Pages

SELAMAT DATANG!

Wednesday, July 10, 2013

Hari Pertama Ramadhan! :)


Assalamualaikum w.b.t. Holla!Anda sihat?Kalau sihat,Alhamdulillah tapi kalau sakit tu jangan lupa makan ubat ye. :)

Hah!Macam mana puasa hari pertama ni?ok?Harap-harap puasa penuh lah ye.
Ok.hari ni Anis nak cerita sikit pasal hari pertama puasa di sekolah tahun ni.Sebelum tu,Anis rasa peliklah.Urm selalunya hari pertama puasa mesti cuti.Tapi tahun ni tak ada pun.urm tak apa lah.Sekurang-kurangnya tak ada lah Anis buang masa duduk terperap sahaja dekat rumah kan??lebih baik pergi sekolah kan?hehe.ok

Pukul     5pagi- Anis terbangun selepas sahaja jam loceng Anis berbunyi.Lagi pun Anis nak kejutkan adik angkat Anis,tapi dah banyak kali Anis telefon dia,tapi dia tak angkat pun.urmm
5.20pagi-lepas kol adik angkat Anis tu,Anis pergi sahur tapi Anis cuma minum air sahaja.Tu pun dah cukup untuk Anis.
6.20pagi-Bersiap-siap untuk ke sekolah!yeah!
7pagi-selalunya setiap hari persekolahan,masa macam ni selalunya ada "briefing pengawas".Ada lah perkara-perkara yang hendak diberitahu kepada pengawas.Lagipun kalau tak pergi "briefing" selama 3 hari,pengawas boleh dikenakan dimerit.huh!suka ke?tak suka ke?kena pergi juga.Tak apa,tahun ni sahaja Anis jadi pengawas.Tahun depan Anis nak bersara. :)
7.10pagi-Ok!Bila bulan ramadhan sahaja mesti ada program Tadabbur Al-Quran.Jadi pelajar-pelajar Islam digalakkan menghadiri program tersebut.Sekurang-kurangnya boleh menambahkan pahala di bulan yang mulia ni. :)

Hah!Hari ni hari Rabu,jadi macam biasa lah kena senaman pagi dulu.Hari ni semangat sahaja Anis buat senaman pagi tadi.Ok!waktu pertama ialah waktu Pendidikan Jasmani(PJ).Urm puasa ke?tak puasa ke?tetap kena PJ.Tadi kelas Anis kena main permainan Badminton.hehe bab-bab badminton ni memang Anis suka main.Huh!dekat 30 minit Anis main Badminton.Nasib baik pagi tadi dah sahur.Minum air Milo pun dah cukup.Sekurang-kurangnya ia dapat memberikan tenaga untuk kekal cergas di sepanjang hari Anis berpuasa! *ceyh wah! :)

Kringggg!! *loceng sekolah

Wah!dah habis masa PJ rupanya.Eh?rasa macam tak puas sahaja main Badminton tadi.Tak apa,minggu depan dapat main lagi. :)  Ok!lepas ini masa matematik.Kemudian,waktu agama! 

Kringggg! *loceng rehat sekolah

Yeah!rehatttt! Opss..puasa lah.haha xD
Ok.selalunya pada masa rehat di bulan ramadhan ni ada tazkirah sikit.Jadi semua pelajar Islam akan berkumpul di bilik pafa.Kemudian,selepas habis rehat semua pelajar akan balik ke kelas masing-masing untuk P&P seterusnya.

Pukul 12.30-2ptg-(waktu kokurikulum)Hari ni cuma ada kelab dan persatuan.Selepas habis kokurikulum semua pelajar boleh balik ke rumah masing-masing. yeah! :)

Hari macam biasa lah Anis balik dengan kawan-kawan naik lrt.Selepas Anis dah uruskan diri dan dah siap buat apa-apa yang patut,dalam pukul 4.30ptg Anis terus tidur.hehe penat sangat lah katakan.Lagi pun kepala Anis pening masa tu,jadi Anis pun tidur sahaja. Ok. tiba-tiba dalam pukul 6.30ptg tu,Anis terdengar bunyi telefon Anis.Anis terus terbangun dari tidur.Rupa-rupanya adik angkat Anis hantar text dan telefon Anis.hehe      
tak perasan pula.Sambil nak tunggu buka puasa tu,Anis main lah sms dengan dia.Dah lama lepas itu,kedengaran bunyi azan mahgrib! 

allahumma laka somtu wa bika aamantu wa ‘alaa rizqika afthartu birahmatika ya arhamarrohimin

Maksudnya: “Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang”.

                                                           SELAMAT BERBUKA PUASA! :D

Ok!lepas dah baca doa,terus Anis ambil air.hehe kehausan lah katakan. :)
Hari ni bibik Anis masak nasi ayam!wah!makanan kegemaran tu.Tapi Anis makan sikit je tadi sebab dah kenyang minum air sahaja.hehe.Lepas dah berbuka Anis terus pergi menunaikan solat mahgrib.
Urm malam ni Anis tak dapat nak pergi sembahyang terawikh.Terlampau banyak kerja yang harus Anis buat.Lagipun esok dah kena hantar kerja-kerja tu.Tapi insyaa Allah,esok Anis akan pergi sembahyang terawikh. :) ok! tu sahaja lah yang Anis nak kongsikan cerita Anis Hari ni. Bye Assalamualaikum w.b.t. :)




7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btw kak , adik okay lagi dari akak dah banyak kali adik call adik mesej tapi akak tak ada respon apa-2 pun . Ish penat adik tunggu .

      Delete
    2. Btw kak , adik okay lagi dari akak dah banyak kali adik call adik mesej tapi akak tak ada respon apa-2 pun . Ish penat adik tunggu .

      Delete
    3. Sorrylah.fon aka kan tengah prob ni.urm :(

      Delete
    4. Esok adik nak jumpa akak . Pleaselah

      Delete