Pages

SELAMAT DATANG!

Monday, July 29, 2013

Hari Ke-20 Ramadhan!


Assalamualaikum w.b.t. Wah!pejam celik,pejam celik,lagi 10 hari sahaja lagi untuk kita berpuasa di bulan Ramadhan ni.Cepat sahaja masa berlalu.Tapi sedih lah nak meninggal bulan ramadhan ni.entah,tahun depan kita semua jumpa lagi ke tak bulan ramadhan ni. :'(

Hah!Hari ni seperti biasa lah kena pergi sekolah!ouh ya!Hari ni hari Isnin...ada Perhimpunan!Eh chop! mana ada perhimpunan hari ni sebab tingkatan 3 masih ada "trial PMR" lagi. ouh yes!Tapi kalau tak ada perhimpunan sekali pun Anis tetap kena jaga kelas jagaan Anis.Erghh malas lah....hehe tak apa..tak apa,minggu ni sahaja.Minggu depan dah mula cuti sekolah sempena cuti hari raya!Yeah! Urmm tapi kalau cuti duduk rumah sahaja,bosan juga.Huh!dah kena susun jadual ni,untuk aktiviti pada cuti sekolah nanti.Baru lah tak bosan nanti.Ouh ya lah!hampir lupa pula.Urm cuti-cuti juga tapi kena ulangkaji mata pelajaran sekali sebab lepas raya ada peperiksaan Ujian 2.

Huh!ok!kali ni Anis kena belajar betul-betul supaya mendapat markah yang cemerlang!Chaiyok!Lagi pun masa Peperiksaan pertengahan tahun hari tu markah Anis teruk sangat!urmmm jadi Anis tak nak ulanginya lagi.kasihan dekat ibu bapa Anis yang sedih dengan markah Anis macam tu.Anis tak nak salahkan siapa-siapa sebab markah Anis jadi macam tu.Anis yang tak pandai nak uruskan masa.Mulai hari ni Anis dah kena buat jadual belajar di rumah.Masa Anis tingkatan 4 ni lah kena berlajar betul-betul mata pelajran tingkatan 4,bukannya masa Anis tingkatann 5 nanti baru nak tangkap balik mata pelajaran tingkatan 4 tu.Nanti tak sempat pula nak belajar topik tingkatan 5.Erghh!Takutnya SPM nanti.Dah lah masa berlalu dengan pantas.pejam celik..pejam celik dah sampai 2014.Lepas tu SPM.huhu~

Ya Allah!Kau berikanlah Hanis Afiqah Binti Ismail Mendapat 9A dalam SPM 2014 nanti Aminnn. :)

Terima kasih. Assalamualaikum. :')

No comments:

Post a Comment