Assalamualaikum w.b.t. ok hari ni dah kesembilan kita berpuasa.Siapa yang masih berpuasa penuh lagi?Alhamdulillah.Setakat ni pun Anis masih berpuasa penuh lagi.
Ok.Di bulan yang mulia ni janganlah kita bergaduh,mengutuk,bermusuh-musuhan ataupun dengki mendengki sesama sendiri.Marilah kita bermaaf-maafan dan bersatu kembali macam dulu. :')
Ok sambung balik pada topik kita untuk hari ni.Senyum adalah sesuatu yang mudah tetapi berat untuk diamalkan. Indahnya di dalam Islam, senyum merupakan suatu amal kebajikan kerana melakukannya merupakan suatu ibadah sedekah.
Berikut adalah kelebihan bersenyum :
1. Senyum menyebabkan kita kelihatan lebih cantik atau handsome! Betul tak?
2. Senyum mampu mengubah ‘mood’ kita kepada yang lebih positif dan bertenaga.
3. Senyum mengurang atau menghilangkan tekanan atau stress. Anda pernah cuba?
4. Senyum memantapkan sistem imunisasi badan kita. Maka badan kita akan lebih tahan terhadap penyakit.
5. Senyum menyebabkan anda kelihatan lebih muda! :D
Senyum-senyumlah selalu okey!
IF YOU DON'T HAVE A SMILE , I'LL GIVE YOU ONE OF MINE. :)
No comments:
Post a Comment