Assalamualaikum .Hari ni Anis kena buat "Rounding duty" dekat block D.Hoho boleh pula penyakit tu serang tiba-tiba.Rasa tak larat pula.tapi kena lah juga buat "duty" tu.Air mata dah mengalir masa tu tapi Anis terpaksalah menahan sakit sementara.Ya Allah sungguh peritnya kesakitan yang engkau beri kan ini ya Allah.. :'( .Erghhh hanya Allah sahaja yang tahu,betapa sakitnya Anis masa tu.Selepas rehat terus Anis pergi bilik pafa sebab ada agama.Dah sampai tu tiba-tiba Shaz dan Aina perasan jadi diaorang pun tanya,
"Kau kenapa Anis?"kata Shaz.
Masa tu Anis senyap sambil geleng kepala.selepas itu Aina tanya
"Kau ok tak ni?"
*Anis angguk kepala.Dah lama selepas tu baru Anis cerita dekat diaorang. :'( .Dalam pukul 12 tu baru penyakit reda sikit.Apa punca pun Anis tak tahu.Tiba-tiba sahaja serang tanpa diduga.Semoga selepas ni tak kena lagi dekat sekolah sebab selalunya kena dekat rumah sahaja.
Ok hari ni hari Rabu jadi kena balik pukul 2petang sebab ada kokurikulum tapi Anis tak pergi kokurikulum sebab Anis ada latihan untuk persembahan hari Isnin depan sempena "Ambang Merdeka".Kelas Anis telah terpilih untuk membuat persembahan.Itu pun sebab hari tu kelas Anis pernah menang pertandingan nyanyian,jadi cikgu pilih sahaja lah.Kemudian cikgu suruh Anis main gitar.Mula-mula Anis memang tak nak.Dah lah masa tu Anis tak ada mood,leceh lah nanti nak kena bawa gitar.erghh.Tapi pada masa yang sama Anis macam kasihan pula dekat cikgu.Jadi Anis terima sahaja lah.Bincang punya bincang,sekali Amira yang kena bawa gitar.Anis dan Suhailah kena bawa ukulele.Ceyh bawa sahaja ukulele tapi tak main pun sebab Anis dah main gitar jadi tak akan lah Anis nak main ukulele pada masa yang sama juga?Gila apa?Anis bukan robot okay! Urm Suhailah kata dia nak main ukulele tu masa persembahan tapi dia tak tahu sangat chord ukulele tu.Anis boleh sahaja main tapi nanti siapa pula nak main gitar?Urm baru nak bergabung dengan gitar dan ukulele.Tak apa lah.Diaorang cuma nyanyi sahaja lah.
Seterusnya,masa Anis tengah main gitar tiba-tiba Pn.F.. minta gitar tu.Kemudian dia main kejap.Dia kata dulu dia suka main gitar ni memang hobi dia dulu pun,tapi dia dah lupa sikit nak main gitar,katanyaaa.Ok selepas tu Anis sambung balik main gitar yang diaorang pula nyanyi lagu patriotik.
*Kringgg!
Ok.masa untuk balik rumah.Hari ni macam biasa lah.Kena naik Lrt.Urm sejak bulan puasa ni,tiba-tiba pula Ayah suruh Anis balik naik Lrt sebab ayah ada kerja.Urm tak apa lah.Anis ok sahaja.Sampai rumah terus Anis pergi rehat.Kepenatan lah katakannn.
No comments:
Post a Comment