Pages

SELAMAT DATANG!

Friday, July 12, 2013

Hari Ke-3 Ramadhan!


Assalamualaikum.Hai pembaca blog Anis ni.Sihat?Anis sihat sahaja Alhamdulillah.
Hari ini Anis bangun pukul 5.30pagi.Hehe bangun lambat lagi.Nasib baik sempat sahur.

Ok hari ni hari jumaat!Hah!Kalau anda rasa anda lelaki,jangan lupa pergi sembahyang Jumaat ya!
Kalau setiap hari jumaat sahaja di sekolah Anis ada "silent reading". Ia dijalankan selama 10 minit untuk menggalakkan pelajar supaya minat membaca.Selepas tamat sahaja perhimpunan untuk hari ni.Urmm macam biasa lah kena belajar.haha. Waktu pertama hingga ketiga hari ni ialah Pendidikan Seni Visual(PSV).Habislah...dah lah kerja tak siap.Haha bukan Anis seorang sahaja.Hampir satu kelas Anis tak siap buat kerja.Urmm nasib baik cikgu bagi tempoh untuk siapkan.

Ok.Habis sahaja waktu PSV Anis pergi pejabat sebab nak jumpa Puan Azizah.Masa tengah cari cikgu tu,Anis terserempak dengan Pn.Lina. 

Anis  :  Assalamualaikum cikgu. *tunduk

Kemudian Anis sambung mencari Pn.Azizah.Selepas itu,kedengaran suara yang mengatakan "Eh?Puteri Gunung Ledang". * dalam hati "eh?siapa pula yang perli Anis ni? " Anis pun menoleh kebelakang.Rupa-rupanya Pn.Lina yang cakap macam tu.Erghh malunyaa.. *tutup muka. urm mesti dia teringat pasal Anis berlakon semalam tu. -.- 

Ok.Dah tu Anis cari lagi Pn.Azizah.Hah!tu pun dia.Selepas dah jumpa cikgu tu,Anis pun pergi masuk ke kelas.Nasib baik cikgu tak masuk lagi.Kalau tak percuma sahaja kena marah. :)

 Kringgg! *loceng rehat sekolah

Ok.Hari ni Pn.Rosida yang akan memberi tazkirah.Dia menceritakan tentang Kaum Nabi Lut.Memang best.Kelakar sangat apabila dia menceritakan tentang kejadian yang berlaku di sekitarnya juga.Haha.

Kringg!

Urm loceng pun dah berbunyi.Jadi apa lagi?masuk kelas lah.Belajar seperti biasa. :)
Bla...bla...bla....

Kringg! *loceng balik.

Haha cepatnyaa! Ok.dalam pukul 2 tu baru Anis balik.
Hari ni Mimie macam tak ada mood sahaja.Urm tak tahu lah kenapa.Dia salam Anis pun macam nak tak nak sahaja.Tak apa lah.Mungkin dia ada masalah kot.Urmm termenung...punya termenung...dah sampai rumah.

Urmm kenapa tiba-tiba Anis rasa sedih ni?mungkin Anis tersentap kot bila Mimie buatkan Anis macam tu. :(
Ok malam ni Anis pergi terawikh macam biasa.Balik sahaja dari terawikh tu,Anis "On the Phone" kejap dengan Adik angkat Anis.Kemudian dalam pukul 11.55malam tu dah berhenti OTP.Urm baru ingtkan nak nyanyikan lagu Happy Birthday pada pukul 12 tu.Urm tak apa lah.Anis hantar sms sahaja. :')

Okay lah.Bye Assalamualaikum. 



No comments:

Post a Comment