Pages

SELAMAT DATANG!

Thursday, July 11, 2013

Hari Ke-2 Ramadhan!


Assalamualaikum dan salam ramadhan!
Ok.Hari ni Anis terbangun lambat.Huh!nasib baik sempat sahur.Urm macam mana boleh lambat ni??erghh selalunya Anis akan bangun pukul 5 pagi sebab nak siap-siap untuk sahur.Mungkin syok sangat kot mimpi malam tadi.Haha dah lah pagi-pagi ni dah hujan.Sejuknya... *tarik selimut. 

Urm masa hujan ni Anis kena lah juga naik motor macam biasa untuk ke sekolah.Dah lah hujan lebat.Kemudian ada lah juga banjir sedikit semasa dalam perjalanan dari rumah Anis nak ke sekolah.Habis kasut dan stoking Anis basah.Cubaan. :(  tapi alhamdulillah juga sebab Allah turunkan hujan. :)

Sampai sekolah sahaja terus Anis berlari pergi ke bilik pengawas.Huh!nasib baik sempat pergi "Briefing".Ok habis "briefing" sahaja ,baru Anis ingat yang Anis tak "sign duty".erghh habis lah.Urm hari ni perhimpunan akan dijalankan di dalam kelas. Ya lah...hujan lah katakan . :)

Selepas perhimpunan,P&p berjalan seperti biasa.

Kringgg! *loceng rehat sekolah

Ok!sekarang waktu rehat.Jadi macam biasa lah.Semua pelajar Islam akan berkumpul untuk mendengarkan tazkirah. :)

Selepas rehat sudah tamat.Cikgu menyuruh semua pelajar tingkatan 4 untuk pergi ke dewan sebab ada pertandingan "Public Speaking" dan Syarahan.Setiap kelas perlu menghantar wakil untuk pertandingan tersebut tetapi kelas Anis tak hantat seorang wakil pun.Urm habis lah mesti kena demerit nanti.
Bertanding punya bertanding akhirnya habis juga.Pemenangnya cikgu merahsiakan dulu.Nanti masa perhimpunan pada 22.7.2013.Selepas perntandingan itu sudah tamat,pihak pusat sumber telah mengadakan kuiz dan teka watak yang dilakonkan.Jadi siapa yang dapat jawab,akan diberikan hadiah.Hehe semangat sahaja Anis jawab soalan dekat dewan tadi,tapi yang bestnya hanya Anis dan kawan Anis (Putri) sahaja yang dapat coklat "Toblerone".Yahuu..yang lain hanya dapat buku sahaja.haha kasihan.

Selepas itu,cikgu meminta 5 orang wakil untuk pertandingan seterusnya.Ok Anis dan Putri pun angkat tangan tapi cikgu nak seorang melayu sahaja.urmmm terus tak jadi.Kemudian cikgu main pilih sahaja.Cikgu pilih Rhea,Pui Yan,Rampreet,Lynzel dan Anis.Haha Anis on sahaja.Seterusnya,cikgu suruh pergi ke belakang pentas.Eh?Urm masa tu Anis dah pelik dah.Diaorang kata kena tiru balik watak yang dilakonkan tadi.Huh!Anis ingat cikgu nak suruh jawab lagi,rupa-rupanya kena berlakon.Alahhh!malunya.Urm terpaksalah jawabnyaa.ok kemudian diaorang suruh pilih watak yang ingin dilakonkan semula.Anis nak pilih Puteri Gunung Ledang (yang dilakonkan oleh Mariana) tapi Lynzel dah pilih dulu.Urm tinggal watak Hang Tuah (dilakonkan oleh Izz) sahaja.Jadi suka atau tak kenalah pilih watak tersebut.Tiba-tiba "last minute" Anis dan Lynzel tukat watak.Haha ok sekarang Anis kena jadi Puteri Gunung Ledang dan Lynzel jadi Hang Tuah.Urm Izz jadi pengerusi majlis seterusnya. 

*dibelakang pentas

Lyn    :  weyh Izz! nanti panggil aku akhir sekali tau!
Anis   :  Hah! kau panggil aku "second last" lah.ok
Izz     :  Ouh ok.
Kemudian Izz menjadi MC. 

Tiba-tiba dia cakap "dipersilakan Puteri Gunung Ledang"

Hoho kenapa Anis dulu?Eish tak bersedia pun.Anis macam terkena sahaja ni.Ish Izz ni sengaja sahaja.Tapi Anis tak naik pentas pun.Haha selepas itu,Izz panggil pelakon lain dahulu.Dah lama selepas itu baru Anis punya giliran pula.Pegrhh!malunya...tapi nasib baik semua berjalan dengan lancar. :)
Kringgg! *loceng balik...
  
Habis waktu persekolahan,terus Anis menuju ke perpustakaan sekolah sebab ada pertandingan lagi.Dah habis tu terus Anis balik jalan kaki dengan Putri.Sambil tu kitaorang bincang untuk Hari Jadi Mimie,Sabtu ni.Urm kitaorang masih tak tahu lagi nak buat dekat mana.Dah lah masa malam.Urm besok "last" bincang dengan diaorang semua.Semoga benda ni Mimie tak tahu dan kitaorang nak buat "surprise! " dekat dia.Kalau boleh "surprise" tu kitaorang nak buat samapai dia menangis terharu.Ceyh wah!haha.Ok sembang punya sembang dah samapai di LRT Pudu.Kemudian Anis balik rumah.Sampai rumah sahaja terus uruskan diri kemudian buat apa-apa yang patut.Selepas itu,Anis tidur sebab penat sangat.haha.Ok pukul 6petang Anis terjaga sebab Adik angkat Anis "massage".Sambil main sms tu Anis main gitar kejap.Dah lama selepas itu Azan Mahgrib berkumandang.Yeah!dah berbuka.Selepas makan sahaja Anis pergi sembahyang mahgrib.Kemudian bersiap-siap nak pergi ke surau.Solat terawikh! Bye Assalamualaikum. :)


3 comments:

  1. Alah sikit je akak mention adik . Ish akak ni cakap kat mesej macam banyak mention adik pula --"

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang akak ada mention itu ramadhan yang keempat. :)

      Delete