Pages

SELAMAT DATANG!

Monday, July 22, 2013

Hari Ke-13 Ramadhan!


Assalamualaikum w.b.t.Hah!Anda sihat?Alhamdulillah. 



Ok hari ni Anis kena buat persembahan sempena hari "Ambang Merdeka" erghh malunyaaa!.Urm sebelum tu pagi ni macam biasa lah kena pergi "briefing" dulu.Hah pagi-pagi lagi dah ada orang yang marah-marah.ish-ish. *geleng kepala. 

Hah!Selepas briefing tu Anis sahaja jalan dekat depan bilik guru.Kemudian Anis terdengar ada orang marah-marah.Bila Anis tengok sahaja dekat cermin bilik guru tu rupa-rupanya Putri kena marah.Kasihan Putri.urm dia kena marah dengan Pn. *Tuttt.... .Bukan Putri yang salah pun.Putri tak tahu apa-apa pun.Dah lah dia baru baik dari demam.Pergh!dah lah dia kena marah dalam bilik guru.Selepas tu boleh pula  tu marah kuat-kuat sampai satu bilik guru boleh dengar.Kasihan Putri.Anis nampak dia menangis teresak-esak.Urm dia keluar sahaja dari bilik guru tu Anis terus kejar dia sebab Anis nak pujuk dia.Tapi laju pula dia jalan.Sampai Anis panggil pun dia tak hiraukan.Urm tak apalah mungkin dia sedih sangat kot.Urm biarlah dia menangis dulu.Nanti kalau dia dah tenang sikit baru Anis pujuk dia balik.

Ok.Selepas dah habis perhimpunan,Anis cuba nak cari Putri.Urm tengok-tengok dia dah masuk kelas.Tapi dia masih menangis lagi.Begitu teruk sekali seyh.Urm kalau Anis pun,Anis akan menangis juga.Yelah,dah lah Anis sensitive kena marah ni.Hope dia ok.

Hah!masa waktu persekolahan dah tamat,Anis dan kawan-kawan lepak lah dekat tempat biasa kitaorang.urm masa tu Putri dah boleh bercakap kembali.Yeah! :) Tapi mata dia sembab gila =.= .Kasihan Anis tengok.Urm tak lama selepas itu,baru Putri cerita tentang pagi tadi yang dia kena marah tu.Urm sabar sahaja lah ya.Ramai cikgu-cikgu yang lain sokong Putri sebab cikgu-cikgu yang lain tahu yang sebenarnya Putri tak bersalah pun.Luaskan Iman mu Putri! hah!apa yang terjadi hari ni pasti ada hikmahnya.Jadi ambil lah ianya sebagai pengajaran ok! Semoga mereka berbaik-baik semula.Aminn. :)



Saya Hanis Afiqah Binti Ismail ingin menyusun 10 jari,meminta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki kalau ada silap dah salah.harap dimaafkan. :')

Hah!jangan salah anggap ok.Tak semestinya kita meminta maaf pada hari raya aidil fitri sahaja.Setiap hari kita boleh minta maaf ok selagi kita masih hidup ni.Ok lah.Ini sahaja untuk hari ini.Bye Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment