Pages

SELAMAT DATANG!

Sunday, July 14, 2013

Hari Ke-5 Ramadhan!


Assalamualaikum.. :(  Urm bangun sahaja dari sahur tiba-tiba tangan dan kaki Anis sejuk.Lagi pun dah lah semalam dalam pukul 12malam Anis pening dan muntah-muntah.Urm kenapa dengan Anis hari ni?Urm Anis rasa dahi Anis panas.Adakah Anis demam??Sahur tadi pun Anis macam tak ada selera sahaja nak makan. Ok dalam pukul 7pagi Anis tidur balik dengan diliputi dengan selimut.Sungguh sejuk pagi itu sampai mengigil-gigil Anis.Tapi Anis masih tak pasti lagi,adakah Anis demam?urmm.

Nak dekat pukul 10 pagi baru Anis bangun balik dan nampaknya badan Anis semakin panas.Urmm betul lah kot yang Anis demam. :( "Semoga Allah mencabut kesakitan dari diri ini bersama gugurnya dosa-dosa lalu."


Urm lambat juga Anis mandi hari ni,sebab Anis tak larat nak bangun.Air pun sejuk sangat!Tapi Anis mandi juga.Selepas mandi tu badan Anis masih lemah lagi.Urmmm nak makan ubat tapi puasa.Nanti masa dah berbuka baru Anis makan ubat.Mungkin ini dugaan Allah yang diberikan kepada Anis pada bulan puasa ni.

Hah!Baru Anis ingat!Urm Semalam masa perjalan nak pergi ke Times Square,hujan lebat juga masa tu.Tapi Anis dan Shazmin main redah sahaja.Adakah Anis demam disebabkan terkena hujan semalam?Urm yelah kot.Semoga besok Anis dah sembuh,lagi pun besok sekolah kemudian ada perhimpunan lagi.Minta-minta lah tak pengsan masa perhimpunan tu.Erghh kerja rumah tak siap lagi tapi Anis tak larat nak buat,pening sangat ni.Urm terpaksalah ditangguhkan sementara dahulu. :(

*Azan mahgrib berkumandang. 

Hari ni berbuka tak ada selera sangat.Minum air pun dah cukup.Kemudian sembahyang mahgrib dan seterusnya sembahyang isya' di rumah.Hari ni Anis tak pergi ke surau untuk sembahyang terawikh sebab Anis tak larat.Jadi Anis duduk rumah sahaja dan rehat.Besok baru Anis pergi terawikh. :(

Bye Assalamualaikum. 

No comments:

Post a Comment