Assalamualaikum w.b.t dan salam juamat ya! Hah!Hari ini hari jadi someone.hehe
SELAMAT HARI JADI AWAK! :)
Saya masih ingat lagi tau hari jadi awak hari ni.Pada pukul 12 malam tadi saya wish dekat bear yang pernah awak bagi dekat saya tu.Maaf saya tak dapat nak wish dekat awak sendiri sebab kita dah "lost contact".Lagi pun awak macam dah lupakan saya sahaja.Tapi tak apa,saya masih ingat awak lagi ok. :')
Ok.Hari ni dekat sekolah ada majlis berbuka puasa.Guru-guru dan pelajar Islam diwajibkan hadir.Sebelum tu,hari ni kena sekolah dulu seperti biasa.Sesi pagi boleh balik ke rumah dahulu kemudian baru datang ke sekolah kembali.Tapi yang sesi petang tak dibenarkan balik hehe kasihan.Lagi pun diaorang semua dah bawa baju dan telekung siap-siap dari rumah.
Hah!hari ni Anis pergi majlis berbuka puasa tu dengan Putri.Kitaorang sahaja-sahaja nak gerak sama-sama.Dalam pukul 4.40petang baru kitaorang sampai dekat sekolah.Selepas tu,Anis terus jalan cepat-cepat sebab Anis kena jaga dekat tempat pendaftaran.Sampai-sampai sahaja kawan-kawan Anis semua dah sampai.hehe sorry lambat.Hari ni Anis pakai baju kurung warna hitam kelabu(polka dot).Sedondon dengan kawan baik Anis iaitu Iera yang pakai baju kurung warna kelabu dan juga kawan-kawan Anis yang pakai warna hitam tu.Adik angkat Anis pun pakai hitam.Hehe kitaorang sebenarnya memang dah sepakat dah pun nak pakai baju warna hitam.Tapi kawan-kawan Anis yang lain ada yang pakai baju kurung warna biru.Diaorang geng lain.haha xD
Tahun ni ustazah panggil En.Mohd Elyas Bin Ismail(Panel tanyalah ustaz TV9) untuk memberi ceramah di majlis berbuka puasa ni.Hehe nama bapa dia sama dengan nama bapa Anis. :) Ok beliau pernah belajar di Universiti Al-Azhar,Mesir.
Best lah ustaz Elyas tu bagi ceramah.Dari mula sampai akhir ceramah tu,kitaorang semua tak berhenti-henti gelak.Ada sahaja yang lawak.Lawak-lawak pun berfaedah dan berilmu.Hope tahun depan ustazah panggil ustaz Elyas tu datang bagi ceramah lagi.Kalau lawak macam tu siapa sahaja nak tidur?Orang yang mengantuk pun kalau dengan ceramah dia,terus segar ok.Hah!lagi satu kelebihana ustaz Elyas ni.Suara beliau sungguh merdu~ huhu mendayu-dayu.Lagi-lagi masa beliau baca ayat-ayat al-Quran semasa sembahyang terawikh tadi,Terasa macam sekejap sahaja.Dalam pukul 10 malam,berakhir lah sudah majlis berbuka puasa.Sebelum balik,cikgu suruh ambil air yassin dan duit raya.Yeah! haha duit raya pertama tahun ni yang Anis dapat.
Ok selepas turun dewan,macam biasa lah ada aiskrim percuma! haha tiap-tiap tahun ada.Selepas dah ambil tu Anis terus menuju ke pagar utama.Tengok-tengok mama Anis dah sampai.Terus Anis naik kereta tu.Tapi kantoi lah pula sebab "dia" nampak.Alamak..
Urm k lah Anis pun penat dan dah mengantuk ni.Selamat malam! Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment