Pages

SELAMAT DATANG!

Wednesday, July 24, 2013

Hari Ke-15 Ramadhan!


Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulillah dah 15 hari kita semua berpuasa.Urm penatnya hari ni.Anis ni asyik-asyik tidur lambat sahaja sebab macam-macam cikgu suruh Anis tolong.Hah!sejak nak dekat raya ni ,asyik sibuk sahaja nak siapkan persiapan hari raya nanti.haha.ok hari ni hari rabu jadi maknanya hari ni ada kokurikulum.Kenalah pakai baju unit beruniform.Hah!lupa pulak yang hari ni Anis kena pergi seminar Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah jadi Anis kena pakai baju sekolah biasa.Huh! nasib baik ingat.Ok tadi datang sekolah sahaja terus nampak bulan.Wah!Hari ni bulan penuh.cantiknyaa!!Warna jingga tu.cantik bha! 

Dalam pukul 8pagi macam tu baru Ustazah Awalana hantar Anis pergi JPWPKL.Opsss bukan Anis seorang sahaja.sebenarnya ada kawan-kawan Anis yang ikut juga iaitu Putri,Puteri dan Aina. :)

Kitaorang berempat telah dipilih oleh ustazah sendiri.Lagi pun ustazah ambil kitaorang sebab nanti kitaorang kena pergi kem tentang berdakwah jadi ustazah nak bagi kitaorang lagi banyak ilmu pengetahuan sebab itu dia pilih kitaorang ni.Urm Anis bukannya tahu sangat pun tentang Islam ni tapi sekarang ni Anis cuba untuk mempelajari dengan lebih dalam lagi tentang Islam.Mana lah tahu bila dah besar nanti Anis jadi ustazah ke?hehe InsyaAllah.Aminnn. :)

Wah!banyak juga sekolah lain yang hadir.Hah!yang pasal seminar tu memang best.Macam-macam yang Anis telah pelajari hari ni.Tapi Anis sebak sikit apabila ada seoarang ceramah ni menceritakan tentang pengalamannya selama seminggu berada di Syria.Beliau telah tunjukkan kepada kitaorang semua dua video tang peperangan di Syria.Kasihan dekat diaorang kerana didera dan dibunuh dengan kejam.Anis bersyukur sangat sebab Anis dilahirkan di negara yang aman damai dan bebas dari peperangan iaitu di Malaysia.Hah!di negara mereka setiap hari dekat 30 hingga 50 orang akan mati/meninggal dunia ,tak kiralah kanak-kana,remaja,orang dewasa atau  warga emas.Kasihannyaaa. :'(

Urm Anis berhasrat,bila Anis dah besar nanti,kemudian Anis kerja tetap dan dah dapat gaji,Anis nak dermakan sedikit kepada mereka yang berada di syria yang dalam kesusahan. :')

Marilah kita memberi bantuan ataupun berdoa kepada mereka.Semoga roh mereka dicucuri rahmat Allah.Aminnn.. 

Al-fatihah~


No comments:

Post a Comment