Pages

SELAMAT DATANG!

Saturday, July 20, 2013

Hari Ke-11 Ramadhan!


 Assalamualaikum..Huarghh!Pagi-pagi lagi dah kena bangun untuk pergi ke sekolah.Walaupun hari ni hari Sabtu tapi sekolah Anis ada sekolah ganti hari ni.Urm baru ingatkan nak berehat sahaja dekat rumah.Hari ni kena ikut jadual Hari Isnin.Urmmm hari ni sampai sekolah lambat sikit.Tak dapat nak pergi "briefing".Erghh tak apa lah.Hah!datang-datang sahaja terus Anis pergi letak beg dalam kelas selepas tu nak pergi gelanggang sebab ada perhimpunan.Ouh ya!Baru Anis ingat yang hari ni ada penyampaian hadiah sempena minggu pusat sumber tu.Sepatutnya penyampaian hadiah tu masa hari Isnin depan tapi Isnin depan ada hari "Ambang Merdeka" sebab tu lah cikgu buat hari ni.

Hah!Tak sangka pula yang Anis pun ada menang dalam pertandingan yang Anis masuk tu.Hehe.Anis dapat Johan dalam pertandingan fotografi (sesi pagi) kategori landskap,tempat kedua dalam pertandingan fotografi (sesi pagi) kategori aktiviti dan kuiz pusat sumber.Alhamdulillah.haha yang hadiah dekat atas tu,cikgu tak cabut harga pun.Anis dah kira,semua sekali dekat RM 73 juga lah.Wow!Hadiah yang lumayan ok.Pergh!banyaknya duit cikgu tu.Hehe Terima Kasih cikgu!

Selepas perhimpunan,Anis pun masuk kelas seperti biasa.Urm 10 orang sahaja pelajar kelas Anis yang datang.Bosan k.Dah lah sebelum rehat tak belajar pun sebab cikgu suruh kelas Anis naik dekat dewan sebab ada ceramah tentang persediaan Peperiksaan.Padahal tu untuk tingkatan 3 sahaja tapi ada juga tingkatan 5 dan 4 yang "join" sekali.Dah lah bosan,panas pula tu sebab ramai sangat dekat dewan tu.Erghh!ingat kan nak duduk dalam kelas sahaja tapi cikgu mata pelajaran kelas Anis waktu yang pertama tu kena uruskan dekat dewan jadi dia ajak kitaorang "join"sekali.urmmm kena lah ikut juga.

Masa rehat Anis kena buat "rounding duty 5 Akik".Urm tak dapat nak pergi tazkirah.Ok selepas rehat baru belajar seperti biasa.Dah pukul 12.30 tengah hari,pelajar dibenarkan balik.Loceng berbunyi sahaja terus Anis dan Shaz menuju ke pagar kecil.Kitaorang terus balik.Masing-masing penat hari ni.Padahal tak buat aktiviti apa-apa pun.Yelah mana tak nya selalunya hari sabtu mesti duduk rumah tak pun keluar dengan kawan-kawan.Mungkin tak buat apa-apa sebab tu lah rasa penat kot hari ni.haha xD

Balik-balik sahaja terus tukar baju selepas tu baring sambil tengok TV cerita mama-mama Mia Astro Ria.Haha layan sahaja lah cerita tu,alang-alang mama yang buka cerita tu.Best lah juga. :)

Klah bye Assalamualaikum. :)

No comments:

Post a Comment