Assalamualaikum...hey..hey!jangan bergerak!saya anak polis!haha *merepek kejap. Ok!Hari ni Anis kembali normal seperti biasa!haha maksudnya Anis dah baik dari demam.Alhamdulillah.Jadi bila Anis dah sembuh dari demam bermakna Anis akan "hyper active" semula haha.Hah!dekat sekolah tadi pun,tak habis-habis gelak sahaja dengan kawan-kawan.Sampai kawan pun cakap,
"Amboii,semalam bukan main lagi "bad mood".Hari ni kau dah kenapa hyper active sangat ni?ouh kau terlebih makan ubat eh?haha"
"Urm semalamkan aku demam,jadi mana larat nak buat lawak ni."
"Yelah. *kawan buat muka -.-."
Hah!Anis kalau dah sihat,terlampau sihat sangat.Tapi kalau dah sakit,huh!senyap sahaja selepas tu muka muram sahaja sampai kawan-kawan Anis nak tegur pun tak berani sangat.Haha apalah.Urm sebab tu lah kawan-kawan Anis boleh agak yang Anis ni sihat ke tak.Urm tapi kadang-kadang ada sesetengah orang yang Anis kena "cover" sikit supaya tak nampak sangat yang Anis sakit.Antaranya macam ibu bapa Anis.Anis tak nak bagi tahu diaorang sebab:
1)Anis tak nak menyusahkan diaorang
2)Anis tak bagi diaorang risau
3)Nanti ibu bapa Anis suruh duduk rumah sahaja.Dah lah Anis tak suka ponteng sekolah.huh!
4)Anis tahu yang Anis demam ni tak ada lah teruk mana pun.Lama-lama akan baik juga.
5)Nanti ibu bapa Anis tak kasi minum ais.Hoho tak boleh kalau sehari tak minum ais.Nanti lagi bertambah teruk demam Anis tu. :)
Hah!tu sahaja kot.Sekarang pun Anis dah okay!Adik Anis pun dah sihat dari demam.Alhamdulillah. :)
Ok Seterusnya,dekat sekolah tadi,Anis pelik lah lah dengan cikgu sains kelas Anis tu.Kejap panggil Anis,kejap-kejap panggil Afiqah.Haha tapi lawak lah bila cikgu panggil Anis ni Afiqah.Sampai kawan-kawan Anis pun gelak sebab diaorang dah terbiasa dengan panggilan Anis,tapi cikgu tu sahaja panggil Anis ni Afiqah jadi diaorang terasa macam pelik pula bila panggil macam tu.Tapi Anis tak kisah pun cikgu nak panggil apa.Janji berkaitan dengan nama "HANIS AFIQAH" tu ok. :)
Hah!Hari ni Anis balik lambat.Dalam pukul 4.15petang baru sampai rumah.Urm dah balik seorang-seorang.Erghh pertama kali ok Anis jalan kaki seorang-seorang dari sekolah ke LRT.Urm sebenarnya tak berani,tapi Anis cuba juga.Lagipun selama ni kawan-kawan Anis lah yang teman Anis dari sekolah sampai ke LRT.Tapi diaorang balik awal hari ni,kemudian Anis pula kena pergi kelas komputer sebab nak buat kerja sikit.Apa-apa pun Alhamdulillah,Anis selamat sampai ke rumah.Urm balik-balik rumah sahaja tiba-tiba Adik Anis cakap:
"Kak Anis,nak adik belikan air tak nanti?"
"Akak tak ada duit lah"
"Ouh,tak apa.Adik ada duit.Adik belanja ok?Akak nak air apa?"
"Mana kau dapat duit?Urm air apa sahaja yang ada?"
"Duit yang Adik simpanlah.Ada Air anggur dan manngo"
"Ceyh!cakap macam ada macam-macam air pula tadi.Urm akak nak air manggo lah."
"Ok!"
*dalam pukul 5petang,Adik Anis pergi bazar ramadhan.
Eh?Peliknya!Adik Anis ok ke tak ni?Alolo "sweet" sahaja bila dia cakap macam tu.Haha terima kasih Adik comel!Sayang Adik! *muahh. :D .Hah!Walaupun Anis tak suka sangat perangai dia yang suka gedik dan manja terlebih tu,Anis tetap sayang dia.Dia sahaja lah satu-satunya adik lelaki yang Anis ada. :')
*2 jam 30 minit kemudian,azan mahgrib pun berkumandang.
SELAMAT BERBUKA PUASA!
Alhamdulillah,dah 7 hari kita berpuasa. :) .Ok selamat menjamu selera.Bye Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment