Assalamualaikum w.b.t. Urm hari ni Anis letih sangat dan macam-macam dugaan yang menimpa.Mana tak nya,hari ni Anis kena stayback dekat sekolah sampai pukul 3petang.Selepas itu,Anis balik kena naik LRT macam biasa.Hah!masa Anis nak menuju ke blok rumah Anis,tiba-tiba ada satu budak perempuan yang berasal dari myammar dalam linkungan 7 atau 8 tahun macam tu menghampiri Anis.Anis tahu dia budak myammar pun sebab Anis kenal beg diaorang dan memang selalunya kalau budak myammar nak pergi belajar diaorang selalu pakai beg warna biru pekat.Jadi dari situ Anis dah boleh agak diaorang ni berasal dari negara mana.Selepas tu,dia cakap bahasa inggeris dengan Anis.Aduhhh!dah lah bahasa inggeris Anis teruk.Tak apa..tak apa.Anis layan sahaja budak tu cakap apa.
Ok sebenarnya budak tu nak pergi kondo sebab ibubapa dia suruh pergi sana untuk belajar dengan satu cikgu ni,lagi pun dia sesat.Kawan-kawan dia lari tinggalkan dia.Anis kasihan sahaja tengok budak tu sebab tu lah Anis tolong dia.Walaupun masa tu Anis tengah haus sangat dengan beg berat lagi lepas tu barang yang banyak di tangan.Tapi tak apa lah semua tu bukan penghalang untuk Anis nak tolong orang.Anis pun bawalah dia pergi kondo tu.Tapi kan..urmm Anis pelik lah dengan dia.Huh!dengan penuh beraninya dia ikut Anis pergi kondo tu.Budak tu tak takut kena culik meyh?eh?bukan Anis nak culik dia tapi dia dah lah jalan seorang-seorang.Bahaya ok!Hah! dah sampai sahaja dekat kondo tu,boleh pula dia tak tahu tempat.Urmmm dekat 1 jam juga Anis dengan dia pusing satu kawasan kondo tu,kemudian naik blok ni lah..blok tu lah..tapi masih tak jumpa juga.Anis jalan dengan dia kulu kilir sampai kawan-kawan Anis dekat kawasan situ ingat yang budak tu adik Anis.haha apa lah.Anis mana ada adik perempuan tapi kalau adik angkat perempuan ada lah.
Urmmm dah lama-lama tu dia pun dah penat,Anis pun lagi lah penat dengan kehausannya lagi.huh!sabar-sabar.puasa ma jangan merungut ok.Tapi dia seolah-olah ingin mencari sampai dapat rumah cikgu sebab dia tak nak balik Takut dimarahi oleh ibu bapanya.Dah lah dia cakap bahasa inggeris Anis tak faham sangat sebab dia tahu cakap bahasa inggeris sikit-sikit sahaja.Hoho samalah dengan Anis.Tapi dia punya bahasa inggeris campur bahasa myammar sikit *"Mynglish".Yang Anis ni pula bahasa inggeris dicampurkan sedikit bahasa malaysia *Manglish (bahasa rojak.haha)
Ok dah lama selepas tu Anis pujuk dia suruh balik sebab dah pusing-pusing dekat kawasan tu tapi masih tak jumpa lagi.Urmmm dah lama selepas tu baru dia rasa nak balik Anis pun temanlah dia sampai rumah dia.Urmmm maafkan saya,saya tak boleh nak bantu awak sampai ke rumah cikgu awak tu.Bye Jumpa lagi. :( Walaupun sekejap sahaja bersama dia,tapi rasa sedih pula nak tinggalkan dia.
Dia comel lah! :D
Tapikan...ini adalah satu pengalaman yang agak penat juga tapi seronok juga berjalan dengan budak-budak.Hari ni rasa macam mimpi ok.Urmm sebenarnya Anis memang nak ada adik perempuan tapi tak ada rezeki sebab tu Anis ambil adik angkat.Lagipun Anis dah bersyukur dapat adik lelaki dan tu lah satu-satunya adik kandung Anis.Thanks Allah. :)
No comments:
Post a Comment